Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2
Showing posts with label tomodachi. Show all posts
Showing posts with label tomodachi. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

cabaran sem 4...


Assalamualaikum…

Baru nak update ni…setelah sekian lama tinggalkan blog ni sebab nak focus untuk sem 4…hmmm x tahulah focus or x sebenarnya…harapnya segala usaha berbaloi…insyaAllah…

Ok lah sebab dah lama x updatekan so khaz nak update lah ni…nak cerita pasal sem 4 yang khaz akan tinggalkan lebih kurang 2 minggu lagi…hu3 cepatkan…x sangka dah nak habis sem 4 dah…

Monday, February 20, 2012

ilmu dan hati...

Assalamualaikum…salam buat rakan2 khaz yang jauh mahupun yang dekat…especially yang sama2 membesar dengan khaz…yang sama2 SUFFAH dengan khaz…yang sama2 ‘dak bajet’ dengan khaz…

Baca blog member kelas masa sekolah dulu…asyik cerita pasal zaman sekolah…x habis2 kan bak kata mereka…lagi2 kalau cerita pasal kawat…memang x habis…setelah tamat belajar dan bawa haluan masing2…semua mainkan peranan masing2 lah kan…

Friday, January 27, 2012

entry tertinggal 2...

Jom layan tutti frutti…

Assalam…Khaz ingat lagi…disebabkan dah janji nak belanja member yang dapat result dekan sem lepas…so khaz pun belanjalah makan tutti frutti…

1st time datang kedai tu macam ‘batak’ sikit pasal teknologi canggih sangat…ha3 memang jadi pelik kalau tengok mesin2 kat kedai tutti frutti tu…

Wednesday, January 25, 2012

entry tertinggal 1...

Kisah milo cincau…


assalamualaikum ...khaz akan terus masuk pada cerita...Ceritanya macam ni…pada satu hari…cuaca agak mendesak khaz n kawan2 untuk berehat  lalu memberi peluang kepada selera kami untuk menguasai diri…

Thursday, November 3, 2011

bagi nasihat...terima nasihat...

Assalamualaikum…dah lama x update blogkan??? Khaz agak buzy dengan study khaz lagi2 minggu lepas minggu test…kena siapkan lab report pulak…bukan tu je dengan assignment lagi…adeiii kalau x kuat ni kepala konpem boleh meletup….he3


Monday, October 10, 2011

Apabila kawan menjadi lawan…


Assalamualaikum…sedih betul tengok keadaan blog yang agak bersawang ni…serius khaz x dapat nak update selalu blog ni…maaf3!! Bukan buzy sangat pun…Cuma khaz nak lebih fokus pada subjek2 khaz…dahlah sem ni ambik 4 subjek berat…x tau nak spend masa sebaik yang mungkin tu macam mana…disebalik masa2 genting ni masalah turut timbul…macam2 dah jadi awal2 sem ni…

Khaz nak kongsi something pasal kawan…kawan ni boleh jadikan kita gembira dan sedih…depends pada keadaan kita…oklah khaz nak bagi 1 keadaan…bila kita tolong someone, adakah kita harapkan balasan daripada orang tu??? Sebenarnya ada yang pikir macam tu dan ada jugak tidak…tapi macam mana pulak orang yang kita tolong tu buat2 x tahu pulak yang kita ni dah tolong dia???

Sunday, September 25, 2011

semalam dalam sejarah...

Assalam…sekarang tengah pukul 2.15 a.m…khaz baru lepas type lab report untuk experiment yang khaz nak run for next Monday…he3 baru type procedure tapi mata dah penat and berat…lagipun pagi tadi ada aktiviti kembara yang khaz x minat lagi x suka…penat kan kalau kita kena buat something yang kita x suka…yelah…penat sampai kena paksa diri untuk buat…kalau x buat kena pulak denda or markah kokurikulum jadi...

Monday, September 19, 2011

lagi2 pasal couple...

Assalamualaikum…sekarang dah masuk semester 3…awal2 sem ni x boleh banyak lagha dah…takut menyesal di kemudian hari…hu4 tengok pun tahukan yang khaz dah lama x update blog…khaz plan nak letak sesi tutorial lukis guna photoshop tapi prop2 entry x dapat disediakan dengan sempurna…dengan masalah printernya…lepas tu masalah masa yang sekarang ni buzy walaupun baru habis minggu pertama sem 3….
banyaknya kerja sekolah ni....berat sungguh!!!!

Khaz dah nekad…x nak malas2 sem 3 ni…kesian kat parents khaz…bagi sokongan...

Tuesday, September 6, 2011

ucapan raya...

Assalamualaikum…

Entry pasal raya khaz x sempat post lagi…ceh konon buzy raya ni…x tahu apa yang buzy tu…ha3 lagipun hari ni dah masuk raya ke-8…tapi stil lagi rayakan…hu3

Kali ni khaz x nak cerita banyak pasal entry sebelum ni ‘nak ingatkan je’ tu dah cerita macam2 termasuklah cerita nak balik uitm…adeii x sampai seminggu lagi khaz cuti kat sungai besar ni…minggu depan mulalah peperangan otak…

Wednesday, August 24, 2011

nak ingatkan je...

Assalamualaikum kalian…

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi peluang untuk kita jejakkan kaki di bumi ni…dan Alhamdulillah dah masuk hari ke-24 kita berpuasa…walau bagaimanapun khaz nak pesan…dan ingatkan…

Pasal apa ni??? Akhir2 Ramadhan selalunya orang x penuhkan masjid or surau…tapi diorang penuhkan pasaraya2, pusat membeli and mem‘blah’….hu3 sampaikan tarawih entah kemana…

Thursday, August 18, 2011

mari check puasa kita!!!

Assalamualaikum…

Dedikasi khas untuk:-

Member sejak sekolah rendah :: ain

Junior sekolah..ke3 :: budak kecik
Budak L.K :: ili
Kawan matriks and u :: kira yamato*blog dia ni x boleh promote
Yang teringin sangat nak komen merangkap budak engine kimia :: rin yang menyebok ha2
Member baru kenal yang belum pernah jumpa =P :: atikah

Jugak kepada rakan2 dan penyokong スケッチ…he3

Dah lama jugak khaz x post entry baru…di sebabkan permintaan someone yang susah sikit nak tolak so khaz cari masa jugak untuk post something…lukisan photoshop khaz still lagi x siap…nak colour and letak shadow lagi…banyak jugak kena buat ni…

Thursday, July 28, 2011

kraf tangan memori 1...

Assalamualaikum…

Entry kali ini khas untuk sorang member khaz yang sedang mencuba hobi baru…ha3 hobi baru ke??? Xlah baru pun…Cuma nak tutorial daripada yang pakar (cewah…poyo je~ =P)

Monday, July 18, 2011

macam2lah...

Assalam kalian…khaz asyik terpikir…apa yang khaz nak post lepas entry kisah romantik di bus stop ni??? Hmm…asyik pikir sampai terlebih pikir…ha3 jadi lain pulak nanti…

Oklah khaz nak share a few situations yang khaz pernah tengok or pernah dengar sebelum ni…

Situasi A
Ada satu couple ni…tengah jalan2 kat pasar petang…tengah berjalan2 sampai ke kedai baju…baju kat situ ada pelbagai jenis…salah satunya baju blaus labuh…masa tu yang perempuan tu nak pergi tengok baju kat situ…tiba2 lelaki cakap kat dia… “ eh, x payahlah beli baju tu…labuh sangat”….so perempuan ni batalkan niat nak tengok baju kat situ disebabkan lelaki tu cakap labuh…
blaus ni contoh saja...

Situasi B
Ada couple yang lain pulak…baru je couple x sampai setahun…sebelum ni lelaki tu pernah couple then clash dengan ex-nya…then x lama lepas tu dia couple lagi…mula2 dia target sorang budak perempuan ni…konon nak jadikan perempuan tu makwe dia…x disangka kena rijek…then dia beralih pada kawan baik perempuan tu…x sangka ‘cinta’ dia diterima…yang lagi hebat budak perempuan yang terima dia tu x pernah couple sebelum ni…so sampai sekarang mereka couple sebab lelaki tu desperate or perempuan tu???
gambar hiasan semata2....

Situasi C
Ada sekumpulan manusia pergi membeli belah di tempat yang mereka x pernah pergi sebelum ni…dalam kalangan manusia tu ada sorang lelaki yang nak tackle sorang perempuan dalam group tu jugak…pada mulanya semua berjalan dengan baik je…perempuan tu tau yang lelaki ni nak tackle dia…tengok gaya macam mempersilakan je…then bila dah masuk waktu maghrib lelaki2 ni nak pergi solat…ingatkan perempuan2 ni pun nak solat jugak tapi sibuk pergi cari barang…semua ‘cuti’ ke?? Yang pasti ada yang boleh solat dalam kalangan mereka tapi kenapa x ada siapa yang alert?? X tanya ke ada siapa2 yang nak pergi solat…
jalan pun da x nampak...

Berdasarkan ke3-3 situasi atas ni…ada beberapa persamaan…tentang couple dan jugak yang nak couple…

pasal situasi A…boleh pulak makwe dia setuju ikut cakap lelaki A ni…pakwe apa macam tu…nak benda baik boleh halang pulak…pastu blaus labuh tu bukannya labuh gile2 labuh pun…orang yang pakai nampak sopan…boleh dikatakan elok lah baju macam tu…khaz rijek terus orang macam tu…x sempat nak masuk list…ha3

situasi B pulak…khaz sendiri pun xtau apa masalah lelaki and perempuan B ni…tengok gaya macam 2-2 yang desperate…x nak komen banyaklah…pasal khaz x suka benda2 macam ni…

situasi C ni lebih dahsyat…kalau solat pun tinggal dengan sengaja macam mana hidup nak berjaya…semua nak buat hal masing2…kenapa x ada siapa yang nak tegur…and nak temankan member yang nak pergi solat tu…dahlah x tau kat mana…tempat x familiar…tolonglah sikit member tu…kesian dia…oh pasal nak couple member boleh tolong…ni nak teman pergi solat pun x boleh tolong ke?? Apa punya kawanlah…

khaz saja cerita situasi macam ni…bukannya tipu…memang betul2 berlaku disekeliling…nilah gambaran dunia sekarang…khaz nak tegur kawan2 yang lain x semua boleh terima dan berubah…nanti bila dah dapat balasan baru nak sedar…tu ok lagi kalau sedar…ni yang x sedar2 bila nak sedar?? Xkan nyawa dah sampai tengkuk baru nak sedar kot?? Pikir baik2…nak cari member or pasangan yang elok and baik2…barulah boleh bimbing jadi lebih baik…wassalam ^o^…

tambahan : situasi ni mungkin ada sikit tokok tambah tapi cerita asalnya lebih kurang macam tu…siapa2 yang mengalami situasi macam kat atas ni harap boleh pikir baliklah…selagi masa masih ada…

Wednesday, July 13, 2011

kisah romantik di bus stop...

Assalamualaikum….

Nak cerita satu kisah….

Pada satu hari khaz dan jugak 2 orang kawan pergi stesen bas sek 17 shah alam…2 orang kawan khaz ni nak beli tiket untuk balik habis sem nanti…lepas dah beli kitorang tunggu bas nak pergi plaza alam sentral aka pas…masa tengah tunggu bas kitorang terjumpa seorang makcik dan anak kecilnya…x silap khaz nama anak dia ahmad edry…x taulah ejanya macam mana tapi lebih kurang macam itulah…mak budak ni panggil dia mat…tengok umur macam 1 ke 2 tahun lebih kuranglah…mak dia cakap mat ni kecik2 ni dah pandai menyanyi…kalau kat rumah suka menyanyi…x taulah nyanyi lagu apa…and mat ni bila dia gelak or senyum memang comel giler2…memang kebetulan kitorang beli air kelapa masa tunggu bas tu…mat tengok je air kelapa tu dengan pandangan pelik…masa tu pun comel jugak…dia nak tau and nak rasa air kelapa tu…kalau kitorang mengacah dia gerenti dia gelak dengan comel sangat2…then kitorang penat tunggu bas yang x datang2 so kitorang naik teksi jelah meninggalkan ahmad edry yang comel...bye ahmad edry…

Wassalam ^o^…

Tambahan : memang teruja tengok mat yang comel gembira…harap dapat jumpa lagi…

Friday, June 10, 2011

budak sg besar yang ketinggalan...kesian...

Assalam…

Kali ni khaz nak share something…bukan benda gempak pun…juz layan jelah ye…

Sebagai budak sg besar…khaz ni jenis yang x menerokai tempat sendiri…yelah…start form 1 lagi khaz dah pergi merantau…mula2 kat subang jaya…then gopeng and now at shah alam pulak…bila masa nak terokai sg besar tu??? Lagipun yang khaz tahu kat sg besar ada banyak kedai kain murah2…setiap kali datangnya raya mesti sesak dengan ribuan manusia…sebabnya nak beli kain murah…isk3 khaz sendiri pun x paham…biar jelah…

Oklah…benda yang khaz nak cerita ni pasal ada satu tempat yang baru2 ni khaz pergi dengan geng ‘dragon ball’ sekolah dulu…he3 ntah apa2kan…kitorang nak melawat laut tapi pemandangan x menarik langsung…pasal air tengah surut masa tu…memang x ada selera nak melihatnya...penuh dengan lumpur…

So kitorang layan satu mee udang kat satu restoran kat ‘BM’ ni…bak kata kawan khaz nama tempat tu BM…khaz pun x tahu kenapa panggil macam tu…yang pastinya kat kawasan sg nibong…ha3 orang sg besar tahulah kat manakan…
nilah mee udangnya...biasa saja...he2
Kawan khaz cakap dulu saudara dia selalu belanja dia makan mee udang kat situ…dan juga dia cakap dulu sedap…sekarang??? Ntahlah…khaz makan biasa saja…so…siapa2 yang nak tahu rasanya trylah sendiri…macam sorang lagi kawan khaz cakap... “mak aku cakap sedap…aku memang x tahu bab rasa2 makanan ni…makan saje…” ha5 kelakarlah kawan khaz tu…dia cakap dia sakit perut sebelum makan tapi kuew tiaw udang dia habis licin pulak…hm…apalah….ha3

Itu sajalah yang khaz nak cerita…saja nak santai2 sikitkan…hm…khaz dah lama jugak x post entry nasihat2 ni…insyaAllah ada masa khaz usahakan…and once again…yang teringin nak rasa mee udang tu…boleh bagitahu khaz…nanti datang sg besar khaz bagi sorang pemandu pelancong untuk bawak ke sana…khaz x ingatlah tempat tu kat mana…dah masuk lorong sana…lorong sini…ha4 maaf2…

Wassalam…^o^

Tambahan : plan pergi BM ni semua idea kawan khaz…khaz ni memang ketinggalan kat tempat sendiri…isk3 minta simpati sikit…kesian…=P

Monday, June 6, 2011

anak2 bait al-amin terbaik!!!

Assalam...pada tarikh 26 dan 27 februari yang lepas…dah lama jugak cerita ni…khaz dan kawan2 mengikuti lawatan ke rumah anak2 yatim bait al-amin di parit, perak…lawatan ini anjuran senior2 sem 6 fakulti kejuruteraan kimia…diorang kena organize satu program luar uitm…yang mana tujuannya nak mendekatkan diri dengan komuniti luar…


Pagi2 buta lagi khaz dah bersiap ke fakulti…berkumpul dan naik bas di sana…sabtu pagi…waktu yang sangat seronok dapat skip perjumpaan kembara…housemate khaz semuanya jealous sebab khaz ada reason skip kembara…ha5

sign bait al-amin...
Lebih kurang pukul 9 rasanya kitorang bertolak…berkenalan dengan senior2 dan juga membahagikan tugas…khaz dan kawan2 dikehendaki menjadi fasilitator memimpin anak2 yatim di sana bagi melancarkan program…yang seronoknya…khaz, sorang kawan khaz dan sorang abang senior tu kena jadi ajk untuk tugas2 khas…khaz memang suka dapat jadi ajk tugas khas ni…sebab nanti boleh menyibuk kat mana2 kumpulan…lagipun khaz memang suka sediakan prop…

nyanyi jangan x nyanyi...

Sampai saja di sana, kitorang berkenalan dengan mereka…lepas makan tengah hari dan solat zuhur…aktiviti pun bermula…

Aktiviti pertama ialah ice breaking…mereka berkenalan dengan fasi2 setiap kumpulan dan menyanyikan lagu tema program iaitu ‘standing in the eyes of the world’…mereka semangat betul menyanyikan lagu tema program…khaz pun teruja…





apasal jigsaw puzzle ni susah sangat???pening2!!!
Kemudian buat sikit aktiviti santai…jigsaw puzzle…khaz kesian dengan mereka ni…punyalah susah jigsaw puzzle tu tapi nasib baik mereka semua bijak…dapatlah selesaikan jigsaw puzzle tu semua…

pusinglah!!!lagu x berhenti lagi...












Sebelum buat aktiviti riadah…abang senior yang sorang tu je ada buat sikit permainan…budak2 memang pantang dengan mainan…mestilah suka…then, diorang main rebut2 kerusi…dahsyat jugak diorang main…yang x boleh blahnya…diorang bukannya pusing kat kerusi tu…semua pakat pegang kerusi…kiranya dah ‘cop’ kerusi masing2…khaz punyalah penat suruh diorang pusing padahal lagu x berhenti main lagi dah diorang semua duduk…macam2 gelagat diorang tu semua…


eh dik...jangan main tipu ye!!
woi..sakit dah kaki aku ni..bila nak sampai  perlis ni??
Petang sabtu tu hujan turun agak lebat…tapi alhamdulillah aktiviti sukaneka dapat dijalankan…memang diorang bersemangat lagi2 aktiviti macam ni…semua nak tunjuk ‘terrer’…ha3 apa2 pun memang terbaik…lepas sukan diorang teringin sangat nak bawak fasi2 pergi sawah aka bendang…so kitorang semua melawat bendang…jalan2 kat kawasan tu memang menenangkan tanpa bunyi bingit riuh kota…memang seronok…


khusyuk seh~~
perasmian aktiviti...

kamilah zombi kg parit...wargh...
Malam tu ada aktiviti malam kebudayaan…lepas saja aktiviti perasmian diorang dah siap sedia dengan lakonan dan watak masing2…tema malam kebudayaan tu ialah ‘impian dan harapan’…so fasi dikehendaki memberi idea untuk diorang…persediaan telah mereka lakukan sejak petang tadi…macam2 gaya yang diorang tunjukkan…pastinya semua boleh dapat award pelakon kanak2 popular…ha3…yang kelakarnya ada satu kumpulan berlakon jadi zombi…tu pasal jadi juara…lain dari yang lain…

tengah zikir ke tidur tu???

Esoknya aktiviti qiamullail diadakan…semua pakat ngantuk…yang x boleh blahnya lagi…boleh pulak pagi tu…ada sorang budak ni cakap kat sorang akak fasi… “ hah, akak! Pagi tadi saya nampak tidur masa qiamullail…ha…kantoi”…lebih kuranglah macam tu…isk3 kelakar betul dorang ni…

jom bersenam sihatkan badan!!!
Sebelum sarapan ada senamrobik sikit…saja nak panaskan badan untuk aktiviti explore race nanti…masa senamrobik macam2 game diorang main…yang terharunya diorang ajar fasi2 satu lagu ni…siap dengan gaya lagi…memang menusuk kalbu khaz…

"demi matahari....."








wei kale elok2 sikit...dapat markah lebih...
Then, aktiviti explore race pun mula…biasalah diorang kena selesaikan task2 yang diberikan…kumpulan yang mula2 habis mestilah jadi juara…explore race ni aktiviti terakhir sebelum penyampaian hadiah…

Lepas solat zuhur aktiviti penutup dan fasi2 mengumumkan kumpulan mana yang jadi juara…semua kumpulan dapat hadiah…sebelum balik fasi2 boleh buat aktiviti bebas dengan diorang…diorang pun minta biodata fasi2…ada jugak tangkap gambar beramai2…diorang ni susah betul nak melepaskan kitorang balik…ambik masa jugak balik tu…apa2 pun diorang gembira kitorang datang…

ala...num 3 je ke???
ha2 num 1...hebat x kitorang??
ps: macho x budak yang pegang hadiah tu?? he3
Khaz nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan lawatan bait al-amin ni terutamanya senior2…then kawan2 fasi dan jugak anak2 yatim sekalian…khaz minta maaf sebab dah x ingat sangat nama korang lagi2 yang suka lawan teka-teki dengan khaz…yang suka ambik handphone khaz…yang suka nak manja2 dengan khaz…then yang temankan khaz jalan kat bendang…terima kasih sangat2…korang memang terbaik!!!! Wassalam ^o^


we are happy family!!!
Tambahan : dah lama dah lawatan ni…asyik lupa nak post entry ni…hah lupa nak letak kat situ…senior yang join lawatan ni semuanya perempuan kecuali ajk prop tu…mean ada sorang je lelaki dalam lawatan ni…seronok betul dapat pengalaman macam ni…lagi2 bila kita dapat bantu mereka yang x berkemampuan ni…harap dapat join lagi aktiviti kebajikan macam ni…insyaAllah…

Thursday, June 2, 2011

double birthdays...ha4

Tanjoubi Omedetou
nak x kalau khaz bagi kek spongebob ni?? ha5 nampak sedap...
Dah genap 20 kawan khaz yang sorang ni…ha5 apa2 pun selamat hari lahir…semoga panjang umur…murah rezeki…berjaya dunia akhirat…gembira selalu…dapat jodoh soleh…


Ha4 oh ya…jangan lupa jemput khaz…hu2 paham sendirilah…maaf sangatlah x ada hadiah nak bagi…plan nak buat kek or masak spaghetti…nak gabung 2 bezday…tapi barang pun x beli…sorry ye…nanti insyaAllah kalau ada masa khaz buatkan ye…
plan nak masak spaghetti...

Once again, happy bezday to f*****...and happy belated bezday to l*****…ha4

surat2 lama...

Assalam…cuti habis semester akan jadi lebih panjang…khaz sendiri x dapat nak isinya dengan baik buat masa sekarang ni…

Dah hampir sebulan rasanya khaz cuti sejak habis exam hari tu…blog pulak dah tersadai lama x diupdate…memang x ada apa2 yang khaz nak cerita…tapi ada satu benda yang khaz teringin nak kongsi…

surat2 tu x lah lama macam ni...

Kembali mengingat semula…khaz tiba2 nak baca surat2 tu…surat2 yang khaz x sempat kirim…bukan…mungkin memang x terkirim…dah lama dah usia surat2 tu semua…khaz tulis masa form 3…hm…dah 5 tahun khaz simpan surat2 tu…bila ada masa khaz kadang2 baca…khaz sendiri x tahu yang khaz ada simpan surat2 tu lagi…memang x sangka…

Surat untuk kawan2 khaz…macam2 khaz tulis tapi khaz x kirim pada diorang…khaz pikir balik kenapa khaz x kirim semua surat tu?? Mungkin jugak tujuan surat2 tu ditulis merupakan masalah khaz x kirim pada mereka…

Memang…ada persamaan pada semua surat tu…pasal seorang kawan khaz…tujuan khaz tulis adalah sebab dia…bukan apa2 pun…tapi sebenarnya khaz tulis sebab khaz concern pasal dia…ala…perasaan budak2…macam betul je…lagipun masa budak2 dulu imaginasi khaz agak hebat jugaklah…ha4

Dah banyak kali jugaklah khaz baca…tapi kali ni bila khaz baca perasaan jadi lain…sebelum ni kalau khaz baca khaz Cuma senyum je…ha2 senyum sorang2…gila ke apa?? however, khaz baca reaksi khaz jadi lain…mula2 senyum then gelak nak terbahak…persoalan yang timbul… “kenapa aku boleh ada kekuatan nak tulis benda ni??” then, another question… “ apa yang aku tulis ni??”…nak tergelak lagi
eh bukan macam ni lah ekspressi khaz...

So apa yang sebenarnya khaz nak cerita ni?? Cuma nak share satu perasaan budak2 macam dulu…bila kita teringat benda yang kita dah lakukan dulu…kalau benda tu masih lagi wujud macam surat2 khaz tu…gerenti kita teringat dan mungkin akan persoalkan kenapa…bukti yang umur kita semakin meningkat dan menjadi dewasa…maka pemikiran turut berbeza…kadang2 diri sendiri x paham kenapa dulu kita macam tu sedangkan kita sendiri yang lakukannya…

Cukuplah rasanya perkongsian khaz pada kali ni…baru sedar khaz agak formal kali ni…apa2 jelah kan…mungkin agak bosan sikit sebab memang x ada apa2 nak cerita ni…sedangkan banyak benda boleh ceritakan…

Oh ya…baru teringat nak post pasal lawatan ke rumah anak2 yatim…hah ada jugak pasal buku tu…hm…tiba2 teringat banyak benda nak cerita…
Ok tu saja buat masa ni…wassalam…^o^ 
               
Tambahan : cuba sedaya upaya nak cari cerita untuk dishare…rumah yang tengah direnovate dah nak siap…hu3 x sabar nak tengok semuanya siap…


Friday, April 15, 2011

cerita dinner...

Assalam…ha4 sekarang dah masuk study week…macam x sedar2 lagi suruh stop kejap blogging ni….

Oklah sebelum nak stop sementara untuk update blog, khaz nak cerita pasal dinner fakulti khaz….

Dinner ni dah lama dah…30 mac lepas…anjuran senior fakulti kejuruteraan kimia…part 1,2,6,7,8,9 dan 10 kot yang wajib pergi dinner ni…dah x ingat dah…

Semua kelas yang join dinner hari tu kena buat persembahan….dalam proses mempersembahkan persembahan yang mantap, sempat lagi classmates khaz nak bergaduh lelaki perempuan pasal idea untuk persembahan…kejap2 nak buat lakonan…nak pentomen pulak dah…habisnya, semua x jadi…then, our komander bagi cadangan nak buat fashion show…nasib baik semua setuju…tapi yang perempuan pulak nak sangat buat tarian…disebabkan lelaki dah x larat nak lawan, ikut jelah cadangan perempuan tu…

Boleh kata 3 minggulah classmates khaz berlatih tarian lagu2 korea tu…khaz pulak buat apa?? Asalnya khaz x berminat nak join dinner ni tapi disebabkan kesian dengan sorang member khaz ni…khaz pergilah untuk temankan dia…akhirnya tugas khaz di sebalik tabir je…eh…jaga lightning pun susah tau!!! Ingat boleh main letak macam tu je…penat jugaklah nak uruskan lightning tu…

Oklah ni ada video masa latihan dan jugak masa persembahan…enjoy yourself,k!!!

ini video masa latihan...sehari sebelum dinner....

ni pulak video masa persembahan....

Amacam?? Persembahan yang dapat tempat ke-3…oklah tu daripada berbelas2 group dapat nombor 3…boleh berbangga sikitkan…diorang dah penat2 buat latihan 3 minggu lebih…tahniah untuk EH2202C ye…

Tambahan : entry yang dah lama tersadai…penat siapkan assignment hydrocarbon…credit to ‘innocent’, ‘immature’, lintah darat dan kom…he4 jangan marah~

Sunday, April 10, 2011

sekotak big apple...

Assalam…

Khaz nak cerita sikit…tentang sekotak big apple…

Pernah x rasa donut big apple?? Uih memang mengamcam rasanya…lebih kurang macam dunkin’ doughnut…hm…x tau nak bandingkan macam mana tapi khaz suka dua2…he3

Oklah ceritanya macam ni…pada 9 april lepas, adalah someone ni beli sekotak big apple khas untuk seorang buzday girl ni…someone ni beli big apple 1 dozen…hah banyak x dia beli??

Then, someone ni balik untuk sambut buzday dengan buzday girl bersama housematesnya…so majlis makan2 pun mula lah…

Mula2 big applenya banyak macam gambar kat bawah ni…
1 dozen big apple...

Then, bila semua dah mengambil bahagian masing2, jadilah macam kat bawah ni pulak…
tinggal lagi 2 je...cepat2 siapa nak???

Dah nak habis dah big apple ni…tinggal lagi 1 potong…
one piece!!!!

Akhirnya, kotak pun dah licin…macam kat dalam gambar ni hah…
habis....padan muka x dapat!!! ha5

So, apa yang khaz nak ceritakan sebenarnya ni…oklah khaz cuma nak cerita proses macam mana big apple tu boleh habis…khaz jugak nak bagi pengajaran…

Pertama, masa nak makan big apple tu, baca bismillah dan doa makan…

Kedua, jangan bazirkan sikit pun big apple tu even dia punya krim…

Ketiga, kalau big apple dah banyak macam tu…hah jangan buat muka malu2 
pulak…bedal saja…

Keempat, silalah tangkap gambar sebagai kenang2an…

Dan yang last kot, buang kotak big apple di tempat yang sepatutnya…

Hm..tu saja kot yang khaz nak cerita…hu3 wassalam..

Tambahan : tanjoubi omedetou untuk queen…big apple tu x ada harga sangat pun…tu je yang khaz mampu bagi…lain kali makan lebih sikit…x macam buzday girl pulak…ha4

“Alhamdulillah, ya Allah…semoga Kau panjangkan usia sahabatku ini dan berkatilah dia”