Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, August 24, 2012

jumpa abang...


Assalamulaikum

Selamat hari raya eidulfitri khaz ucapkan pada semua…khaz agak buzy masa akhir2 ramadhan hari tu…yelah buat persiapan raya ditambah dengan persiapan buka puasa…x dilupakan sambil beramal ibadat ye…khaz ada cadang nak post entry time akhir2 ramadhan hari tu tapi itu lah…macam2 nak kena buat…

Thursday, August 9, 2012

cerita pasal sedekah =)


Assalamualaikum

Apa yang dah kalian lakukan sepanjang 20 hari yang lepas??? Tu soalan untuk muhasabah diri dalam Ramadhan ni…ada ke kita ni dah gunakan Ramadhan dengan sebaik yang mungkin??? Hmmm khaz sendiri pun terpikir2 jugak…kita ni hargai x 20 hari yang dah tinggalkan kita ni??? Kalau rasa x puas hati…gunakan lagi 10 hari berbaki ni…(dalam kalendar sampai 29 je…)…insyaAllah

Nak cerita pasal puasa ramai yang dah tahu…dan ada jugak yang pandai sampai memandai2…so nak cerita benda lain…

Monday, February 20, 2012

ilmu dan hati...

Assalamualaikum…salam buat rakan2 khaz yang jauh mahupun yang dekat…especially yang sama2 membesar dengan khaz…yang sama2 SUFFAH dengan khaz…yang sama2 ‘dak bajet’ dengan khaz…

Baca blog member kelas masa sekolah dulu…asyik cerita pasal zaman sekolah…x habis2 kan bak kata mereka…lagi2 kalau cerita pasal kawat…memang x habis…setelah tamat belajar dan bawa haluan masing2…semua mainkan peranan masing2 lah kan…

Thursday, November 3, 2011

bagi nasihat...terima nasihat...

Assalamualaikum…dah lama x update blogkan??? Khaz agak buzy dengan study khaz lagi2 minggu lepas minggu test…kena siapkan lab report pulak…bukan tu je dengan assignment lagi…adeiii kalau x kuat ni kepala konpem boleh meletup….he3


Monday, September 19, 2011

lagi2 pasal couple...

Assalamualaikum…sekarang dah masuk semester 3…awal2 sem ni x boleh banyak lagha dah…takut menyesal di kemudian hari…hu4 tengok pun tahukan yang khaz dah lama x update blog…khaz plan nak letak sesi tutorial lukis guna photoshop tapi prop2 entry x dapat disediakan dengan sempurna…dengan masalah printernya…lepas tu masalah masa yang sekarang ni buzy walaupun baru habis minggu pertama sem 3….
banyaknya kerja sekolah ni....berat sungguh!!!!

Khaz dah nekad…x nak malas2 sem 3 ni…kesian kat parents khaz…bagi sokongan...

Tuesday, September 6, 2011

ucapan raya...

Assalamualaikum…

Entry pasal raya khaz x sempat post lagi…ceh konon buzy raya ni…x tahu apa yang buzy tu…ha3 lagipun hari ni dah masuk raya ke-8…tapi stil lagi rayakan…hu3

Kali ni khaz x nak cerita banyak pasal entry sebelum ni ‘nak ingatkan je’ tu dah cerita macam2 termasuklah cerita nak balik uitm…adeii x sampai seminggu lagi khaz cuti kat sungai besar ni…minggu depan mulalah peperangan otak…

Wednesday, August 24, 2011

nak ingatkan je...

Assalamualaikum kalian…

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi peluang untuk kita jejakkan kaki di bumi ni…dan Alhamdulillah dah masuk hari ke-24 kita berpuasa…walau bagaimanapun khaz nak pesan…dan ingatkan…

Pasal apa ni??? Akhir2 Ramadhan selalunya orang x penuhkan masjid or surau…tapi diorang penuhkan pasaraya2, pusat membeli and mem‘blah’….hu3 sampaikan tarawih entah kemana…

Thursday, August 18, 2011

mari check puasa kita!!!

Assalamualaikum…

Dedikasi khas untuk:-

Member sejak sekolah rendah :: ain

Junior sekolah..ke3 :: budak kecik
Budak L.K :: ili
Kawan matriks and u :: kira yamato*blog dia ni x boleh promote
Yang teringin sangat nak komen merangkap budak engine kimia :: rin yang menyebok ha2
Member baru kenal yang belum pernah jumpa =P :: atikah

Jugak kepada rakan2 dan penyokong スケッチ…he3

Dah lama jugak khaz x post entry baru…di sebabkan permintaan someone yang susah sikit nak tolak so khaz cari masa jugak untuk post something…lukisan photoshop khaz still lagi x siap…nak colour and letak shadow lagi…banyak jugak kena buat ni…

Saturday, July 30, 2011

latihan sepanjang Ramadhan...

Assalam…seperti yang kalian sedar…dah nak puasa dah…hah…sedar ke x ni?? Jangan buat2 x sedar pulak…so puasa yang bakal datang ni…ambiklah peluang untuk tambahkan amal ibadat kita…apa yang khaz nak share kali ni pasal puasalah…

Cerita pasal puasa ramai yang tahu…tapi sedar x yang puasa ni merupakan latihan untuk kita…latihan yang dibuat special dalam bulan Ramadhan…yang mana rutin harian kita berubah dalam bulan tersebut…

Ibadah yang bersifat latihan/latih tubi tu antaranya:
  • Of course lah puasa siang hari…
  • Then solat2 sunat macam terawih, witir, tahajjud and more….
  • Lepas tu selalu solat berjemaah kat masjid or surau…
  • Baca al-Quran….paling seronok kalau ada tadarus…(^o^)
  • Iktikaf dan berzikir…
  • Tambahkan ilmu contoh dengar tazkirah atau ceramah ke…
  • Bangun awal sebab nak dapatkan berkat sahur…
  • Hiburan pulak dikurangkan…
  • Banyak bersedekah….
  • Beribadat bersungguh2 pada 10 malam terakhir Ramadhan yang ada berganda3 pahala…terutamanya bonus Lailatulqadar…
  • Last tunaikan zakat fitrah…

banyakkan berdoa...
Hah itulah contoh2 latihan yang sebenarnya kita buat tiap kali datangnya Ramadhan…ianya merupakan persediaan bagi kita untuk menjadi muslim yang lebih bertakwa….terutamanya nak menghadapi hari2 selain bulan puasa…

Oklah itu saja perkongsian khaz kali ni…khaz nak ucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua…diharapkan kualiti puasa tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya…dan jangan lupa untuk rebut peluang yang terbuka luas ni yang mana pahala amalan yang kita buat memang akan digandakan…wassalam ^o^


Tambahan : tahun ni dapat puasa kat rumah…seronok2 ^^~ 
credit to majalah solusi edisi 34 isu khas sempena RAMADHAN and SYAWAL...

Monday, July 18, 2011

macam2lah...

Assalam kalian…khaz asyik terpikir…apa yang khaz nak post lepas entry kisah romantik di bus stop ni??? Hmm…asyik pikir sampai terlebih pikir…ha3 jadi lain pulak nanti…

Oklah khaz nak share a few situations yang khaz pernah tengok or pernah dengar sebelum ni…

Situasi A
Ada satu couple ni…tengah jalan2 kat pasar petang…tengah berjalan2 sampai ke kedai baju…baju kat situ ada pelbagai jenis…salah satunya baju blaus labuh…masa tu yang perempuan tu nak pergi tengok baju kat situ…tiba2 lelaki cakap kat dia… “ eh, x payahlah beli baju tu…labuh sangat”….so perempuan ni batalkan niat nak tengok baju kat situ disebabkan lelaki tu cakap labuh…
blaus ni contoh saja...

Situasi B
Ada couple yang lain pulak…baru je couple x sampai setahun…sebelum ni lelaki tu pernah couple then clash dengan ex-nya…then x lama lepas tu dia couple lagi…mula2 dia target sorang budak perempuan ni…konon nak jadikan perempuan tu makwe dia…x disangka kena rijek…then dia beralih pada kawan baik perempuan tu…x sangka ‘cinta’ dia diterima…yang lagi hebat budak perempuan yang terima dia tu x pernah couple sebelum ni…so sampai sekarang mereka couple sebab lelaki tu desperate or perempuan tu???
gambar hiasan semata2....

Situasi C
Ada sekumpulan manusia pergi membeli belah di tempat yang mereka x pernah pergi sebelum ni…dalam kalangan manusia tu ada sorang lelaki yang nak tackle sorang perempuan dalam group tu jugak…pada mulanya semua berjalan dengan baik je…perempuan tu tau yang lelaki ni nak tackle dia…tengok gaya macam mempersilakan je…then bila dah masuk waktu maghrib lelaki2 ni nak pergi solat…ingatkan perempuan2 ni pun nak solat jugak tapi sibuk pergi cari barang…semua ‘cuti’ ke?? Yang pasti ada yang boleh solat dalam kalangan mereka tapi kenapa x ada siapa yang alert?? X tanya ke ada siapa2 yang nak pergi solat…
jalan pun da x nampak...

Berdasarkan ke3-3 situasi atas ni…ada beberapa persamaan…tentang couple dan jugak yang nak couple…

pasal situasi A…boleh pulak makwe dia setuju ikut cakap lelaki A ni…pakwe apa macam tu…nak benda baik boleh halang pulak…pastu blaus labuh tu bukannya labuh gile2 labuh pun…orang yang pakai nampak sopan…boleh dikatakan elok lah baju macam tu…khaz rijek terus orang macam tu…x sempat nak masuk list…ha3

situasi B pulak…khaz sendiri pun xtau apa masalah lelaki and perempuan B ni…tengok gaya macam 2-2 yang desperate…x nak komen banyaklah…pasal khaz x suka benda2 macam ni…

situasi C ni lebih dahsyat…kalau solat pun tinggal dengan sengaja macam mana hidup nak berjaya…semua nak buat hal masing2…kenapa x ada siapa yang nak tegur…and nak temankan member yang nak pergi solat tu…dahlah x tau kat mana…tempat x familiar…tolonglah sikit member tu…kesian dia…oh pasal nak couple member boleh tolong…ni nak teman pergi solat pun x boleh tolong ke?? Apa punya kawanlah…

khaz saja cerita situasi macam ni…bukannya tipu…memang betul2 berlaku disekeliling…nilah gambaran dunia sekarang…khaz nak tegur kawan2 yang lain x semua boleh terima dan berubah…nanti bila dah dapat balasan baru nak sedar…tu ok lagi kalau sedar…ni yang x sedar2 bila nak sedar?? Xkan nyawa dah sampai tengkuk baru nak sedar kot?? Pikir baik2…nak cari member or pasangan yang elok and baik2…barulah boleh bimbing jadi lebih baik…wassalam ^o^…

tambahan : situasi ni mungkin ada sikit tokok tambah tapi cerita asalnya lebih kurang macam tu…siapa2 yang mengalami situasi macam kat atas ni harap boleh pikir baliklah…selagi masa masih ada…

Tuesday, July 12, 2011

cinta untuk couple???

depends pada cinta jenis apa.....

Assalam…salam dakwah kepada rakan2…khaz dah lama x update…cari idea…tapi x datang2 jugak…memang khaz ni agak memilih sikit nak cari bahan nak dishare…hu3

Oklah tiba2 nak cerita pasal perkahwinan….wahhhh…macam gempak je khaz nak cerita ni…ha3 bukan apa sangat pun…nak kaitkan cerita tentang cinta, couple and perkahwinan…3 dalam 1…hebat x???

Start cerita tentang cinta dulu…zaman sekarang ni kalau cakap pasal cinta ramai yang tahu…even budak2 sekolah rendah darjah 2 or 3 pun tahu jugak…masa sekolah dulu orang cakap itu cinta monyet…cinta untuk suka2…tengok2 dah suka kat orang tu…tiba2 datang x dijemput…

siapa ye???
Then bila dah up sikit cinta dah bawa maksud lain….cinta untuk couple pulak…popular dalam kalangan remaja2 sekarang ni…dorang cinta untuk couple ni x mengambik risiko yang hebat sangat…pasalnya bila dah couple punyalah suka…telepon siang malam…support sesama sendiri…share macam2 benda tapi bila dah gaduh…pasal ada partner lain boleh senang2 clash… “saya nak clash dengan awak”….ceh~ macam tu kot gayanya…ha4 yang paling x tahannya…aksi pujuk memujuk pun start lah…bagi hadiahlah…kata2 maaf yang berbunga2lah…dulu buat karangan x pass…tapi kalau tulis surat cinta…sajak cinta boleh pulak buat orang sampai cair…hebat2

ceh...pandai dah buat ayat jiwang karat ni....

Yang advance kalau couple untuk kahwin…itu ada niat yang lebih baik daripada couple untuk clash…baguslah kalau couple ada niat nak cari pasangan hidup tapi betul ke caranya?? And betul ke masanya?? Kalau nak tahu cara yang betul…meh sini khaz bagitahu….cara paling baik nak cari bakal isteri kenalah ikut kriteria2 yang telah Rasulullah bagitahu…

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”.

                                                            (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).



Hah…bab agamalah paling penting…sekarang ni semua nak sapu yang lawa je…memang lawa tu x dinafikan…penting dalam mencari bakal isteri…tapi pikirlah jugak…x semua orang sempurna…asalkan anggota muka dia cukup…sihat…bolehlah tu…


Ok niat dah elok nak cari pasangan untuk membina masjid…then bila dah jumpa batasan x jaga pulak…pegang sana sini…oi haram tu…lebih haram daripada anjing and jugak binatang kaki empat yang pendek tu…bukan setakat tu je…aksi dah lebih than orang yang dah kahwin…x paham betul…kalau dah x sabar sangat hah kahwin jelah cepat2…buat apa nak tambah dosa lagi???

Alasan masih lagi muda…awal lagilah…semua tu memang alasan…itulah siapa suruh couple awal2 ni??? Study pun x habis lagi dah nak couple macam orang yang serius nak kahwin…bila couple masa x sesuai ni barulah wujud nak clash…hah sebelum ni x sedar…ikut nafsu je…
cukup ke cinta setakat hadiah??

so sepatutnya orang x salah anggap tentang cinta ni...kalau niat tu baik lakukan dengan cara yang betul....sebelum kahwin jagalah adab masing2 barulah nanti bahagia lepas kahwin...bahagia bukan setakat hingga anak cucu...boleh bahagia sampai akhirat jugak...x ke satu anugerah tu??

Khaz rasa cukup sampai sini…nak cerita banyak2 nanti ada orang tertanya2…khaz ni apasal lebih2 pulak bab ni??? Ha4… sebenarnya ada cerita jugak tapi x nak bagitahulah alasannya…hu3 itu saja dari khaz kali ni…wassalam ^o^…

Tambahan : Cuma idea spontan yang wujud…type jelah kan…oh ya…selamat mula belajar untuk kawan2 khaz yang dah masuk sem baru…

Sumber lebih detail di sini….



Sunday, July 3, 2011

syarat nak buat maksiat....


Assalam kalian…setelah seminggu menyepi dari menaip blog kini didatangkan dengan entry terbaru…ha3…

Oklah kali ni khaz nak cerita sikit…mungkin ada yang dah tahu cerita ni…tapi khaz nak cerita jugak…hm..x peduli..he2

Cerita sebenarnya ada dalam satu kitab, al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi…pasal sorang lelaki yang nak pergi mencari hidayah…hah bukan nama orang…tapi nak cari hidayah Allah…like pergi menuntut ilmu….rasanya lah…he2

Then, lelaki ni terjumpa dengan seorang sufi yang hebat, Ibrahim Adham…lelaki ni Tanya kat Ibrahim tu ada ke ruang untuk lelaki tu buat maksiat…

So Ibrahim ni pun jawab…”kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat….

1.     Jangan kamu makan rezeki Allah sebab x layak orang yang makan rezeki Allah derhaka pada Allah
2.     Jangan kamu tinggal di bumi Allah sebab x layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat kepada-Nya
3.     Buatlah maksiat kat tempat yang Allah x nampak kamu
4.     Kalau malaikat maut datang nak cabut nyawa kamu, kamu kata padanya nak tangguhkan sikit masa untuk kamu supaya sempat bertaubat
5.     Kalau jugak malaikat Zabaniah penjaga neraka datang nak heret kamu masuk neraka, kamu cakap yang kamu x nak ikutnya



rezeki melimpah ruah...
Lepas lelaki tu dengar jawapan Ibrahim tadi, dia pun menangis teresak2 sebab dia sedar yang x layak bagi hamba Allah tu melakukan maksiat…akhirnya lelaki tu menemui jalan hidayah...dia bertaubat pada Allah dengan sepenuh hati and since that dia jadi hamba Allah yang soleh….

Habis cerita…so pengajaran…

1.     Siapa2 yang rasa dia boleh ikut syarat2 buat maksiat tu…dipersilakan buat…ha3
2.      Allah maha penyayang…kalau kita ada buat maksiat cepat2 bertaubat…


X dapat pikir pengajaran lain…hu3 apa2 pun cerita ni amatlah memberi pengajaran pada khaz sebenarnya…dan menjadi peringatan kalau2 ada rasa nak buat maksiat tu…hah ingatlah balik cerita ni…wassalam ^o^…

Tambahan : sikit tazkirah untuk kali ini…credit to majalah solusi edisi 33…=)

Thursday, June 16, 2011

3 jenis syahid...

Assalamualaikum…alhamdulillah dapat jugak khaz post entry muhasabah kali ni…

Apa yang khaz nak kongsi kali ini adalah mengenai mahsyar…kalau cakap mengenai mahsyar boleh kata ramai yang mengetahuinya…kita dah belajar masa kat sekolah rendah lagi…tapi cukupkah setakat mengetahuinya sahaja?? Kita kena ingat yang mahsyar merupakan sebahagian perkara ghaib yang wajib dipercayai kerana termasuk dalam rukun iman ke-5 iaitu mempercayai hari akhirat…

tanyalah ustaz tv 9...

Alhamadulillah khaz sempat menonton lebih separuh siaran ulangan ‘Tanyalah Ustaz’ di tv 9…ianya membincangkan tajuk mahsyar ni…macam2 perkara yang ustaz bicarakan…yang menarik perhatian khaz adalah soalan yang diajukan kepada ustaz. ‘sekiranya seorang perempuan melakukan zina dan dia mengandung…kemudian dia meninggal semasa melahirkan anak…apakah dia dikira mati syahid juga??’

Mula2 ustaz jawab dengan menerangkan ada 3 jenis syahid…pertama syahid dunia dan akhirat…syahid jenis ni untuk orang2 yang pergi berperang di jalan Allah…yang kedua syahid akhirat sahaja…orang2 yang meninggal dunia secara mengejut dikategorikan syahid ni…yang terakhir syahid dunia seperti orang yang berperang tapi niatnya untuk mendapatkan harta rampasan…

belajar pun boleh dikira bersiap nak berperang jugak...

Mengenai soalan tersebut ustaz mengatakan yang perempuan yang meninggal semasa melahirkan anak dikira mati syahid…tapi apakah taraf anak tersebut??? Title syahid boleh dikira sekiranya anak tersebut sah kedudukannya…ustaz juga mengatakan 
perkara ni memang menjadi perbualan hebat antara ulama2…

Khaz x berapa ingat sangat sama ada ianya syahid atau pun tidak…yang khaz ingat ustaz jawab perempuan tersebut mungkin lepas di mahsyar tapi tetap kena pengadilan…yelah dah buat zina kenalah balasan jugak…

Ustaz juga ada cakap yang kita hidup untuk mati…dan kita mati akan membawa kepada syurga atau neraka…harap boleh fahamlah…khaz sebenarnya pantang dengan orang yang marah bila kita tegur dia then cakap “ei, suka hati akulah nak buat apa…dosa aku, aku yang tanggung…kubur pun lain2”…memang anginlah…mana x nya…ingat senang2 je nak tanggung dosa?? Tu dosa yang sedar kita buat…belom lagi dosa yang kita x sedar…kalau dikumpulkan semua2 tu…hah pandai ke nak cakap aku berani tanggung??? Pikir2lah sendiri…ada akal ada iman…

Tu saja perkongsian khaz kali ni…nak rekomen sikitlah…tengoklah rancangan tanyalah ustaz tu…walaupun ada benda yang kita dah tahu at least boleh revise balik…mana tahu kita dah lupa ke kan…sekiranya hati kita ni x dengar tazkirah atau pergi majlis ilmu sekurang2nya 3 hari sekali…takut hati boleh mati…so please spend your time for your ‘hati’ ok!!...wassalam…^o^

Tambahan : siaran ulangan tanyalah ustaz pukul 12 tengah malam…hari2 kot…then yang betul2 rasanya tiap2 hari pukul 7 pagi…tengok jangan x tengok!!! Hu3 nak share pasal persoalan tu je…mahsyar tu tajuk besar…
Oh ya…tengah pusing2 kat google jumpa blog ni…x sempat tengok kat tv boleh tengok kt sini…siap boleh download lagi…=)

Wednesday, April 6, 2011

dari khaz untuk kamu....

Assalam…

Untuk kamu…

Khaz nak bagitahu…khaz x suka apa yang kamu lakukan…janganlah kamu buat macam tu lagi…sebab khaz bimbang….khaz bimbang khaz akan suka pada kamu….

Khaz sangat bimbang…kalau2 fikiran khaz selalu teringatkan kamu…khaz bimbang lagi…kalau khaz x dapat tahan nafsu khaz untuk menghubungi kamu….

Kamu…janganlah terlalu baik pada khaz…janganlah tunjuk yang kamu ambil berat pada khaz….janganlah cuba nak dekatkan diri pada khaz…janganlah cuba menghubungi khaz….jangan…jangan…jangan….

Khaz takut…takut untuk bercinta…cinta sekarang banyak yang disalah tafsir…memang cinta itu fitrah…x salah untuk bercinta asalkan tepat tempatnya…kamu kena faham…khaz x suka dengan semua2 ni…layanan mesra,…hadiah percuma...jelingan dan senyuman manja…bukan itu yang khaz nakkan….khaz Cuma nak kamu sedar…

Dunia bukan seperti yang kamu sangkakan…cubaan dan dugaan semakin hebat…boleh ke kamu mengahadapinya kalau kamu bersikap begini?? Khaz nak kamu tahu lagi…kamu tahu x…saktnya hati bila kamu cumalah permainkan khaz…kamu x ada apa2 perasaan pada khaz kan??

Kamu cuma suka2 nak permainkan perasaan khaz….khaz tahu kamu Cuma nak kenakan khaz…kenapa kamu buat macam tu? Betapa sakitnya hati ni bila kamu buat macam tu pada khaz….seronok sangat ke?

Sudahlah…jangan suka dengan dunia ni…dunia ni cuma banyak hiburan…banyak yang melalaikan…hentikan semua perbuatan kamu ni…di mata khaz x ada beza antara kita…cumalah iman dan taqwa yang akan dinilai nanti…

Cukup sampai sini…lepas ni kita x ada apa2 kaitan lagi…lepas ni kamu dan khaz cumalah kawan…x lebih dari tu…kamu pun…sudah2lah…hentikan tipu helah kamu…semoga kamu sedar akan perbuatan kamu….

Tambahan : Alhamdulillah masalah kawan khaz dah pun selesai…harap masalah khaz dapat diselesaikan jugak….mungkin akan termenung lagi…pikirkan kejahilan diri sendiri…

“sesungguhnya aku dalam pemerhatian-Mu….maka lindungilah aku daripada perkara yang boleh mencacatkan imanku….”

Friday, April 1, 2011

hati yang kecewa....

Assalam….

Khaz langsung x dapat jangka akan kecewa lagi….
Dengan perangai orang sekeliling khaz….
Dalam hati tertanya2 diri sendiri….
Sakitnya hati….sangat sakit…
Kawan sendiri buat macam tu…
I know this is not my business….
Ok, fine! But I think this is my business too…
Kita bersaudara…
Kalau x saling menasihati, apa lagi functionnya??

Khaz sendiri tahu perasaan disayangi…
Terutamanya yang special tu…
Tapi….
Bukan macam tu caranya…
Salah…
Kecewa sangat bila tengok aksi2 yang diharamkan tu…
X ada batas pergaulan….
Pegang tangan, buat pandangan manja….
Waaaaa….khaz sendiri yang x tahan nak tengok…
Orang boleh cakap…
Kalau x tahan x payah lah tengok…
Apa…ingat khaz nak sangat tengok ke???

Berkecai…
Jatuh….
Rasa maruah khaz yang hilang….
Sebab khaz ni pun perempuan….
Bila nampak perempuan lain buat macam tu….
Rasa macam khaz juga terlibat sama…
Lagi2 kawan khaz….

Rasa sangat berdosa….
X dapat nasihatkan kawan sendiri….
Tolonglah jangan buat macam tu….
Yang penting sekali….
Jagalah batasan lelaki perempuan selagi belum kahwin….

Khaz nak minta kawan khaz tu clash…
Of course di tolak permintaan tu…
But, please remind yourself….
Kita ni hamba…
X boleh buat sesuka hati….
Jangan menjangkau batasan seorang hamba…

Minta sangat2…
Jangan hilangkan title hamba dalam diri kita…
Kalau kita ni bukan hamba…
Kita ni siapa???
Kita ni x ada nilai langsung kalau bukan hamba…..
Allah x melihat harta, pangkat, kuasa….
Hanya iman dan taqwa menjadi ukuran….

Again, please jaga iman masing….
Kalau hati dah gelap…
Orang bagi nasihat apa pun x dengar dah…
Macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri…
Kalau hati dah gelap…
Banyak2kan istighfar…
Baca al-Quran…
Solat taubat…..
Ingat mati…

Khaz sendiri mengaku…
Khaz x sesempuran tu…
Tapi khaz dalam usaha improve…
Improve sikit demi sikit….
Pasti kita x akan menyesal…

Tambahan : khaz kecewa sangat2…kembali termenung…macam mana nak selesaikan masalah ni???


Thursday, March 24, 2011

malam jumaat.....

assalam...khas untuk kawan2 khaz....


malam jumaat....kali ini khaz beranikan diri untuk mengajak kawan2 baca yaasiin berjemaah....thanks to u all....sudi luangkan masa walaupun ada yang x berapa terluang sangat....dan juga yang tengah ada masalah...sorry ye...


walaupun macam tu...khaz rasa cukup gembira dapat luangkan masa bersama2....lagi2 buat perkara2 baik ni hati boleh jadi tenang....so kepada kawan khaz yang tengah ada masalah.....jangan lupa untuk kembali pada Allah....sebab tujuan Dia hanyalah untuk menguji keimanan kita....dan itu juga tandanya Allah sayangkan kita....kita ni masih lagi dalam pemerhatian-Nya....bersyukurlah dengan nikmat yang ada....dan terimalah musibah dengan redha....


once again, thanks sangat2 ye....hopefully, kita dapat lagi buat aktiviti hati bersama2....semoga kita semua dalam rahmat-Nya...=)


tambahan:x tergambar perasaan khaz bersama kalian...stress sikit pasal jahit aksessori untuk dinner...hu3