Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2

Monday, June 6, 2011

anak2 bait al-amin terbaik!!!

Assalam...pada tarikh 26 dan 27 februari yang lepas…dah lama jugak cerita ni…khaz dan kawan2 mengikuti lawatan ke rumah anak2 yatim bait al-amin di parit, perak…lawatan ini anjuran senior2 sem 6 fakulti kejuruteraan kimia…diorang kena organize satu program luar uitm…yang mana tujuannya nak mendekatkan diri dengan komuniti luar…


Pagi2 buta lagi khaz dah bersiap ke fakulti…berkumpul dan naik bas di sana…sabtu pagi…waktu yang sangat seronok dapat skip perjumpaan kembara…housemate khaz semuanya jealous sebab khaz ada reason skip kembara…ha5

sign bait al-amin...
Lebih kurang pukul 9 rasanya kitorang bertolak…berkenalan dengan senior2 dan juga membahagikan tugas…khaz dan kawan2 dikehendaki menjadi fasilitator memimpin anak2 yatim di sana bagi melancarkan program…yang seronoknya…khaz, sorang kawan khaz dan sorang abang senior tu kena jadi ajk untuk tugas2 khas…khaz memang suka dapat jadi ajk tugas khas ni…sebab nanti boleh menyibuk kat mana2 kumpulan…lagipun khaz memang suka sediakan prop…

nyanyi jangan x nyanyi...

Sampai saja di sana, kitorang berkenalan dengan mereka…lepas makan tengah hari dan solat zuhur…aktiviti pun bermula…

Aktiviti pertama ialah ice breaking…mereka berkenalan dengan fasi2 setiap kumpulan dan menyanyikan lagu tema program iaitu ‘standing in the eyes of the world’…mereka semangat betul menyanyikan lagu tema program…khaz pun teruja…





apasal jigsaw puzzle ni susah sangat???pening2!!!
Kemudian buat sikit aktiviti santai…jigsaw puzzle…khaz kesian dengan mereka ni…punyalah susah jigsaw puzzle tu tapi nasib baik mereka semua bijak…dapatlah selesaikan jigsaw puzzle tu semua…

pusinglah!!!lagu x berhenti lagi...












Sebelum buat aktiviti riadah…abang senior yang sorang tu je ada buat sikit permainan…budak2 memang pantang dengan mainan…mestilah suka…then, diorang main rebut2 kerusi…dahsyat jugak diorang main…yang x boleh blahnya…diorang bukannya pusing kat kerusi tu…semua pakat pegang kerusi…kiranya dah ‘cop’ kerusi masing2…khaz punyalah penat suruh diorang pusing padahal lagu x berhenti main lagi dah diorang semua duduk…macam2 gelagat diorang tu semua…


eh dik...jangan main tipu ye!!
woi..sakit dah kaki aku ni..bila nak sampai  perlis ni??
Petang sabtu tu hujan turun agak lebat…tapi alhamdulillah aktiviti sukaneka dapat dijalankan…memang diorang bersemangat lagi2 aktiviti macam ni…semua nak tunjuk ‘terrer’…ha3 apa2 pun memang terbaik…lepas sukan diorang teringin sangat nak bawak fasi2 pergi sawah aka bendang…so kitorang semua melawat bendang…jalan2 kat kawasan tu memang menenangkan tanpa bunyi bingit riuh kota…memang seronok…


khusyuk seh~~
perasmian aktiviti...

kamilah zombi kg parit...wargh...
Malam tu ada aktiviti malam kebudayaan…lepas saja aktiviti perasmian diorang dah siap sedia dengan lakonan dan watak masing2…tema malam kebudayaan tu ialah ‘impian dan harapan’…so fasi dikehendaki memberi idea untuk diorang…persediaan telah mereka lakukan sejak petang tadi…macam2 gaya yang diorang tunjukkan…pastinya semua boleh dapat award pelakon kanak2 popular…ha3…yang kelakarnya ada satu kumpulan berlakon jadi zombi…tu pasal jadi juara…lain dari yang lain…

tengah zikir ke tidur tu???

Esoknya aktiviti qiamullail diadakan…semua pakat ngantuk…yang x boleh blahnya lagi…boleh pulak pagi tu…ada sorang budak ni cakap kat sorang akak fasi… “ hah, akak! Pagi tadi saya nampak tidur masa qiamullail…ha…kantoi”…lebih kuranglah macam tu…isk3 kelakar betul dorang ni…

jom bersenam sihatkan badan!!!
Sebelum sarapan ada senamrobik sikit…saja nak panaskan badan untuk aktiviti explore race nanti…masa senamrobik macam2 game diorang main…yang terharunya diorang ajar fasi2 satu lagu ni…siap dengan gaya lagi…memang menusuk kalbu khaz…

"demi matahari....."








wei kale elok2 sikit...dapat markah lebih...
Then, aktiviti explore race pun mula…biasalah diorang kena selesaikan task2 yang diberikan…kumpulan yang mula2 habis mestilah jadi juara…explore race ni aktiviti terakhir sebelum penyampaian hadiah…

Lepas solat zuhur aktiviti penutup dan fasi2 mengumumkan kumpulan mana yang jadi juara…semua kumpulan dapat hadiah…sebelum balik fasi2 boleh buat aktiviti bebas dengan diorang…diorang pun minta biodata fasi2…ada jugak tangkap gambar beramai2…diorang ni susah betul nak melepaskan kitorang balik…ambik masa jugak balik tu…apa2 pun diorang gembira kitorang datang…

ala...num 3 je ke???
ha2 num 1...hebat x kitorang??
ps: macho x budak yang pegang hadiah tu?? he3
Khaz nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan lawatan bait al-amin ni terutamanya senior2…then kawan2 fasi dan jugak anak2 yatim sekalian…khaz minta maaf sebab dah x ingat sangat nama korang lagi2 yang suka lawan teka-teki dengan khaz…yang suka ambik handphone khaz…yang suka nak manja2 dengan khaz…then yang temankan khaz jalan kat bendang…terima kasih sangat2…korang memang terbaik!!!! Wassalam ^o^


we are happy family!!!
Tambahan : dah lama dah lawatan ni…asyik lupa nak post entry ni…hah lupa nak letak kat situ…senior yang join lawatan ni semuanya perempuan kecuali ajk prop tu…mean ada sorang je lelaki dalam lawatan ni…seronok betul dapat pengalaman macam ni…lagi2 bila kita dapat bantu mereka yang x berkemampuan ni…harap dapat join lagi aktiviti kebajikan macam ni…insyaAllah…