Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2
Showing posts with label ilmu n motivasi. Show all posts
Showing posts with label ilmu n motivasi. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

pernah dengar x???

assalamualaikum...khaz dalam mode mencari masa untuk blog ni...memang dah berabad khaz tinggalkan blog ni...kesian3!

warna warni!!!
ok lah khaz malas nak type intro panjang so khaz terus kepada isi jelah...pasal pernah dengar tu...dengar apa?? pernah x dengar tentang ateisme, satanisme, disebalik simbol 'peace'?? ada pernah dengar x?? mungkin pernah mungkin x...mungkin ada yang tahu dan memang tahu tentangnya....

Thursday, August 9, 2012

cerita pasal sedekah =)


Assalamualaikum

Apa yang dah kalian lakukan sepanjang 20 hari yang lepas??? Tu soalan untuk muhasabah diri dalam Ramadhan ni…ada ke kita ni dah gunakan Ramadhan dengan sebaik yang mungkin??? Hmmm khaz sendiri pun terpikir2 jugak…kita ni hargai x 20 hari yang dah tinggalkan kita ni??? Kalau rasa x puas hati…gunakan lagi 10 hari berbaki ni…(dalam kalendar sampai 29 je…)…insyaAllah

Nak cerita pasal puasa ramai yang dah tahu…dan ada jugak yang pandai sampai memandai2…so nak cerita benda lain…

Monday, February 20, 2012

ilmu dan hati...

Assalamualaikum…salam buat rakan2 khaz yang jauh mahupun yang dekat…especially yang sama2 membesar dengan khaz…yang sama2 SUFFAH dengan khaz…yang sama2 ‘dak bajet’ dengan khaz…

Baca blog member kelas masa sekolah dulu…asyik cerita pasal zaman sekolah…x habis2 kan bak kata mereka…lagi2 kalau cerita pasal kawat…memang x habis…setelah tamat belajar dan bawa haluan masing2…semua mainkan peranan masing2 lah kan…

Thursday, February 9, 2012

entry tertinggal 3...

Ketupat eiduladha…

Assalamualaikum...hari tu…5 november 2011…khaz balik rumah sebab dah cuti tengah sem…cuti ni jugak nak menyambut eiduladha…pagi sabtu tu khaz balik rumah…petangnya pulak kecoh2 ayah khaz nak buat ketupat untuk raya kali ni…terasa meriah sikit raya dengan ketupatkan…selalunya raya dengan nasi dalam peket tu…kebetulan…dan kebetulan jugak khaz dah terlupa macam mana nak anyam ketupat ni…maklumlah dah lama tinggal…since form 3…mana lah ada masa nak revise balik…tapi dalam masa kelam kabut tu jugaklah khaz revise…pergilah bukak laptop search ‘cara menganyam ketupat’…macam2 result lah yang keluar…

Tuesday, February 7, 2012

anime chibi...

Assalamualaikum…salam dakwah kalian…khaz sekarang tengah holiday ni...dah habis sem 3 ni…Alhamdulillah…Allah saja yang tahu keadaan khaz masa sem 3 lepas…hu3 disebabkan masa cuti ni x tahu nak buat apa so kerjanya merepek jelah dalam blog ni kan…

Maaf ye…khaz x berniat nak merepek jadi kali ni khaz nak ajar something…jom kita belajar cara nak lukis orang…kita lukis ‘anime chibi’…hah tahu ke x??? kalau dah tahu bolehlah tunjuk skill kat khaz…khaz pun nak tengok jugak…setiap orang ada gaya melukis masing2…so siapa2 yang hebat boleh jugak share…hu2

Saturday, January 28, 2012

kaum yang pupus 1...

Firaun yang dilemaskan…#1

Assalamualaikum kalian…ingat lagi x pasal buku 'kaum2 yang pupus'?? kat entry ini?? disebabkan pernah tunjuk buku tu dan jugak janji nak cerita pasal buku tu...kenalah tunaikan janji ni kan...oklah kali ini khaz nak kongsi ilmu pasal satu kaum yang popular ceritanya dalam al-Quran…nak cerita pasal firaun dan kaumnya…sebelum cerita pasal firaun yang disebut dalam al-Quran…jom kita kenal dulu sikit pasal sejarah firaun…

Peradaban Mesir wujud di kawasan Sungai Nil. Kat situ orang2 mesir bina penempatan kat lembah nil sebab ada sumber air terlebih cukup bagi diorang. Sungai nil ni bagi banyak kelebihan so siapa2 yang menguasai sungai nil memang hebatlah sebab ada sumber perdagangan and pertanian...

Monday, September 19, 2011

lagi2 pasal couple...

Assalamualaikum…sekarang dah masuk semester 3…awal2 sem ni x boleh banyak lagha dah…takut menyesal di kemudian hari…hu4 tengok pun tahukan yang khaz dah lama x update blog…khaz plan nak letak sesi tutorial lukis guna photoshop tapi prop2 entry x dapat disediakan dengan sempurna…dengan masalah printernya…lepas tu masalah masa yang sekarang ni buzy walaupun baru habis minggu pertama sem 3….
banyaknya kerja sekolah ni....berat sungguh!!!!

Khaz dah nekad…x nak malas2 sem 3 ni…kesian kat parents khaz…bagi sokongan...

Thursday, August 18, 2011

mari check puasa kita!!!

Assalamualaikum…

Dedikasi khas untuk:-

Member sejak sekolah rendah :: ain

Junior sekolah..ke3 :: budak kecik
Budak L.K :: ili
Kawan matriks and u :: kira yamato*blog dia ni x boleh promote
Yang teringin sangat nak komen merangkap budak engine kimia :: rin yang menyebok ha2
Member baru kenal yang belum pernah jumpa =P :: atikah

Jugak kepada rakan2 dan penyokong スケッチ…he3

Dah lama jugak khaz x post entry baru…di sebabkan permintaan someone yang susah sikit nak tolak so khaz cari masa jugak untuk post something…lukisan photoshop khaz still lagi x siap…nak colour and letak shadow lagi…banyak jugak kena buat ni…

Saturday, July 30, 2011

latihan sepanjang Ramadhan...

Assalam…seperti yang kalian sedar…dah nak puasa dah…hah…sedar ke x ni?? Jangan buat2 x sedar pulak…so puasa yang bakal datang ni…ambiklah peluang untuk tambahkan amal ibadat kita…apa yang khaz nak share kali ni pasal puasalah…

Cerita pasal puasa ramai yang tahu…tapi sedar x yang puasa ni merupakan latihan untuk kita…latihan yang dibuat special dalam bulan Ramadhan…yang mana rutin harian kita berubah dalam bulan tersebut…

Ibadah yang bersifat latihan/latih tubi tu antaranya:
  • Of course lah puasa siang hari…
  • Then solat2 sunat macam terawih, witir, tahajjud and more….
  • Lepas tu selalu solat berjemaah kat masjid or surau…
  • Baca al-Quran….paling seronok kalau ada tadarus…(^o^)
  • Iktikaf dan berzikir…
  • Tambahkan ilmu contoh dengar tazkirah atau ceramah ke…
  • Bangun awal sebab nak dapatkan berkat sahur…
  • Hiburan pulak dikurangkan…
  • Banyak bersedekah….
  • Beribadat bersungguh2 pada 10 malam terakhir Ramadhan yang ada berganda3 pahala…terutamanya bonus Lailatulqadar…
  • Last tunaikan zakat fitrah…

banyakkan berdoa...
Hah itulah contoh2 latihan yang sebenarnya kita buat tiap kali datangnya Ramadhan…ianya merupakan persediaan bagi kita untuk menjadi muslim yang lebih bertakwa….terutamanya nak menghadapi hari2 selain bulan puasa…

Oklah itu saja perkongsian khaz kali ni…khaz nak ucapkan selamat berpuasa kepada kalian semua…diharapkan kualiti puasa tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya…dan jangan lupa untuk rebut peluang yang terbuka luas ni yang mana pahala amalan yang kita buat memang akan digandakan…wassalam ^o^


Tambahan : tahun ni dapat puasa kat rumah…seronok2 ^^~ 
credit to majalah solusi edisi 34 isu khas sempena RAMADHAN and SYAWAL...

Tuesday, July 12, 2011

cinta untuk couple???

depends pada cinta jenis apa.....

Assalam…salam dakwah kepada rakan2…khaz dah lama x update…cari idea…tapi x datang2 jugak…memang khaz ni agak memilih sikit nak cari bahan nak dishare…hu3

Oklah tiba2 nak cerita pasal perkahwinan….wahhhh…macam gempak je khaz nak cerita ni…ha3 bukan apa sangat pun…nak kaitkan cerita tentang cinta, couple and perkahwinan…3 dalam 1…hebat x???

Start cerita tentang cinta dulu…zaman sekarang ni kalau cakap pasal cinta ramai yang tahu…even budak2 sekolah rendah darjah 2 or 3 pun tahu jugak…masa sekolah dulu orang cakap itu cinta monyet…cinta untuk suka2…tengok2 dah suka kat orang tu…tiba2 datang x dijemput…

siapa ye???
Then bila dah up sikit cinta dah bawa maksud lain….cinta untuk couple pulak…popular dalam kalangan remaja2 sekarang ni…dorang cinta untuk couple ni x mengambik risiko yang hebat sangat…pasalnya bila dah couple punyalah suka…telepon siang malam…support sesama sendiri…share macam2 benda tapi bila dah gaduh…pasal ada partner lain boleh senang2 clash… “saya nak clash dengan awak”….ceh~ macam tu kot gayanya…ha4 yang paling x tahannya…aksi pujuk memujuk pun start lah…bagi hadiahlah…kata2 maaf yang berbunga2lah…dulu buat karangan x pass…tapi kalau tulis surat cinta…sajak cinta boleh pulak buat orang sampai cair…hebat2

ceh...pandai dah buat ayat jiwang karat ni....

Yang advance kalau couple untuk kahwin…itu ada niat yang lebih baik daripada couple untuk clash…baguslah kalau couple ada niat nak cari pasangan hidup tapi betul ke caranya?? And betul ke masanya?? Kalau nak tahu cara yang betul…meh sini khaz bagitahu….cara paling baik nak cari bakal isteri kenalah ikut kriteria2 yang telah Rasulullah bagitahu…

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”.

                                                            (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).



Hah…bab agamalah paling penting…sekarang ni semua nak sapu yang lawa je…memang lawa tu x dinafikan…penting dalam mencari bakal isteri…tapi pikirlah jugak…x semua orang sempurna…asalkan anggota muka dia cukup…sihat…bolehlah tu…


Ok niat dah elok nak cari pasangan untuk membina masjid…then bila dah jumpa batasan x jaga pulak…pegang sana sini…oi haram tu…lebih haram daripada anjing and jugak binatang kaki empat yang pendek tu…bukan setakat tu je…aksi dah lebih than orang yang dah kahwin…x paham betul…kalau dah x sabar sangat hah kahwin jelah cepat2…buat apa nak tambah dosa lagi???

Alasan masih lagi muda…awal lagilah…semua tu memang alasan…itulah siapa suruh couple awal2 ni??? Study pun x habis lagi dah nak couple macam orang yang serius nak kahwin…bila couple masa x sesuai ni barulah wujud nak clash…hah sebelum ni x sedar…ikut nafsu je…
cukup ke cinta setakat hadiah??

so sepatutnya orang x salah anggap tentang cinta ni...kalau niat tu baik lakukan dengan cara yang betul....sebelum kahwin jagalah adab masing2 barulah nanti bahagia lepas kahwin...bahagia bukan setakat hingga anak cucu...boleh bahagia sampai akhirat jugak...x ke satu anugerah tu??

Khaz rasa cukup sampai sini…nak cerita banyak2 nanti ada orang tertanya2…khaz ni apasal lebih2 pulak bab ni??? Ha4… sebenarnya ada cerita jugak tapi x nak bagitahulah alasannya…hu3 itu saja dari khaz kali ni…wassalam ^o^…

Tambahan : Cuma idea spontan yang wujud…type jelah kan…oh ya…selamat mula belajar untuk kawan2 khaz yang dah masuk sem baru…

Sumber lebih detail di sini….



Sunday, July 3, 2011

syarat nak buat maksiat....


Assalam kalian…setelah seminggu menyepi dari menaip blog kini didatangkan dengan entry terbaru…ha3…

Oklah kali ni khaz nak cerita sikit…mungkin ada yang dah tahu cerita ni…tapi khaz nak cerita jugak…hm..x peduli..he2

Cerita sebenarnya ada dalam satu kitab, al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi…pasal sorang lelaki yang nak pergi mencari hidayah…hah bukan nama orang…tapi nak cari hidayah Allah…like pergi menuntut ilmu….rasanya lah…he2

Then, lelaki ni terjumpa dengan seorang sufi yang hebat, Ibrahim Adham…lelaki ni Tanya kat Ibrahim tu ada ke ruang untuk lelaki tu buat maksiat…

So Ibrahim ni pun jawab…”kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat….

1.     Jangan kamu makan rezeki Allah sebab x layak orang yang makan rezeki Allah derhaka pada Allah
2.     Jangan kamu tinggal di bumi Allah sebab x layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat kepada-Nya
3.     Buatlah maksiat kat tempat yang Allah x nampak kamu
4.     Kalau malaikat maut datang nak cabut nyawa kamu, kamu kata padanya nak tangguhkan sikit masa untuk kamu supaya sempat bertaubat
5.     Kalau jugak malaikat Zabaniah penjaga neraka datang nak heret kamu masuk neraka, kamu cakap yang kamu x nak ikutnya



rezeki melimpah ruah...
Lepas lelaki tu dengar jawapan Ibrahim tadi, dia pun menangis teresak2 sebab dia sedar yang x layak bagi hamba Allah tu melakukan maksiat…akhirnya lelaki tu menemui jalan hidayah...dia bertaubat pada Allah dengan sepenuh hati and since that dia jadi hamba Allah yang soleh….

Habis cerita…so pengajaran…

1.     Siapa2 yang rasa dia boleh ikut syarat2 buat maksiat tu…dipersilakan buat…ha3
2.      Allah maha penyayang…kalau kita ada buat maksiat cepat2 bertaubat…


X dapat pikir pengajaran lain…hu3 apa2 pun cerita ni amatlah memberi pengajaran pada khaz sebenarnya…dan menjadi peringatan kalau2 ada rasa nak buat maksiat tu…hah ingatlah balik cerita ni…wassalam ^o^…

Tambahan : sikit tazkirah untuk kali ini…credit to majalah solusi edisi 33…=)

Thursday, June 16, 2011

3 jenis syahid...

Assalamualaikum…alhamdulillah dapat jugak khaz post entry muhasabah kali ni…

Apa yang khaz nak kongsi kali ini adalah mengenai mahsyar…kalau cakap mengenai mahsyar boleh kata ramai yang mengetahuinya…kita dah belajar masa kat sekolah rendah lagi…tapi cukupkah setakat mengetahuinya sahaja?? Kita kena ingat yang mahsyar merupakan sebahagian perkara ghaib yang wajib dipercayai kerana termasuk dalam rukun iman ke-5 iaitu mempercayai hari akhirat…

tanyalah ustaz tv 9...

Alhamadulillah khaz sempat menonton lebih separuh siaran ulangan ‘Tanyalah Ustaz’ di tv 9…ianya membincangkan tajuk mahsyar ni…macam2 perkara yang ustaz bicarakan…yang menarik perhatian khaz adalah soalan yang diajukan kepada ustaz. ‘sekiranya seorang perempuan melakukan zina dan dia mengandung…kemudian dia meninggal semasa melahirkan anak…apakah dia dikira mati syahid juga??’

Mula2 ustaz jawab dengan menerangkan ada 3 jenis syahid…pertama syahid dunia dan akhirat…syahid jenis ni untuk orang2 yang pergi berperang di jalan Allah…yang kedua syahid akhirat sahaja…orang2 yang meninggal dunia secara mengejut dikategorikan syahid ni…yang terakhir syahid dunia seperti orang yang berperang tapi niatnya untuk mendapatkan harta rampasan…

belajar pun boleh dikira bersiap nak berperang jugak...

Mengenai soalan tersebut ustaz mengatakan yang perempuan yang meninggal semasa melahirkan anak dikira mati syahid…tapi apakah taraf anak tersebut??? Title syahid boleh dikira sekiranya anak tersebut sah kedudukannya…ustaz juga mengatakan 
perkara ni memang menjadi perbualan hebat antara ulama2…

Khaz x berapa ingat sangat sama ada ianya syahid atau pun tidak…yang khaz ingat ustaz jawab perempuan tersebut mungkin lepas di mahsyar tapi tetap kena pengadilan…yelah dah buat zina kenalah balasan jugak…

Ustaz juga ada cakap yang kita hidup untuk mati…dan kita mati akan membawa kepada syurga atau neraka…harap boleh fahamlah…khaz sebenarnya pantang dengan orang yang marah bila kita tegur dia then cakap “ei, suka hati akulah nak buat apa…dosa aku, aku yang tanggung…kubur pun lain2”…memang anginlah…mana x nya…ingat senang2 je nak tanggung dosa?? Tu dosa yang sedar kita buat…belom lagi dosa yang kita x sedar…kalau dikumpulkan semua2 tu…hah pandai ke nak cakap aku berani tanggung??? Pikir2lah sendiri…ada akal ada iman…

Tu saja perkongsian khaz kali ni…nak rekomen sikitlah…tengoklah rancangan tanyalah ustaz tu…walaupun ada benda yang kita dah tahu at least boleh revise balik…mana tahu kita dah lupa ke kan…sekiranya hati kita ni x dengar tazkirah atau pergi majlis ilmu sekurang2nya 3 hari sekali…takut hati boleh mati…so please spend your time for your ‘hati’ ok!!...wassalam…^o^

Tambahan : siaran ulangan tanyalah ustaz pukul 12 tengah malam…hari2 kot…then yang betul2 rasanya tiap2 hari pukul 7 pagi…tengok jangan x tengok!!! Hu3 nak share pasal persoalan tu je…mahsyar tu tajuk besar…
Oh ya…tengah pusing2 kat google jumpa blog ni…x sempat tengok kat tv boleh tengok kt sini…siap boleh download lagi…=)

Wednesday, February 16, 2011

adakah sekadar sambutan semata2???


assalam...salam maulidul rasul....walaupun entri ni x dipost pada masanya, tapi khaz tetap nak ingatkan jugak....something tentang maulidul rasul tahun ni....

perasan x, 14 feb valentine day, esoknya 15 feb maulud nabi....tau x apa maksudnya tu?? pastinya khaz memang pasti time 14 feb tu banyaklah kekasih2 menunjukkan rasa kasih pada pasangan masing2....mana x nya...malam valentine day tu, ramai yang kena tangkap basah kat hotel2...habis satu malaysia tahu...memang x tahu malu betul...

hati sebagai simbolik

then, khaz nak ungkit pasal sambutan maulud nabi....memanglah bagus buat sambutan pasal ni...terutamanya nak mengingatkan manusia2 yang lupa tentang maulud nabi....nanti ada jugak yang bila ditanya x tahu apa maulud nabi tu....ini kan lagi tanya pasal sirah nabi....

khaz sedar jugak....setelah lama meninggalkan dunia persekolahan, terutamanya belajar subjek2 agama lagi2 sekolah rendah ada belajar sirah rasulullah....kalau sekolah menengah pulak, belajar tamadun islam...memang part tu khaz x berapa lepas...bukan sebab susah...tapi banyak fakta kena ingat....terutamanya kalau dah masuk part tokoh islam ke...perang2 ke...banyak lagilah...tu memang khaz lambat sikit...maaf ye...


tapi, bukan tu masalahnya...berbalik kepada tajuk di atas....apa benda yang disambut tu?? apa lagi, maulud nabi lah...apa pasal pulak nak sambut valentine day...haram tu....hmmm...memang haram...tapi ada jugaklah orang cakap haram then still sambut jugak....tu namanya x paham...kenapa benda tu haram....samalah jugak macam couple...ada orang yang punyalah semangat cakap couple tu haram...tu memang bagus...khaz boleh respect tapi x boleh respect kalau orang tu jugaklah yang semangat bercouple....tu dah jadi masalah yang serius jugak dalam kalangan remaja islam sekarang.....


tentang valentine day...jangan sekali2 sambut...lagi2 siapa2 yang bergelar diri dia tu islam...pasal maulidur rasul pulak...sambut, sambut jugak...penghayatan kenalah ada....kalau sayang dengan kekasih, kenapa x boleh kasihkan rasulullah...baginda lebih menyayangi kita....malah siap bagi wasiat lagi....kita yang merupakan ummat baginda, ummat akhir zaman ni kena ada lebih kesedaran pasal rasulullah...kasihi dan sayangilah baginda walaupun x pernah bersua muka, bertegur sapa, berbual bicara....yang pastinya jangan lupa berselawat lagi2 menjawab selawat....then lakukan sunnah2 baginda...semua2 tu bukan sahaja baik untuk kita malah baik dari segala sudut...mana yang baik jadikan teladan, yang kurang baik jadikan sempadan...


wassalam...

tambahan : terlupa nak post entri ni awal sikit...asyik sibuk dengan report je...kalau x report, test...kalau x test, kuiz....dalam mood sabar n redha....=) gembira jugak pasal ada rajin nak hias2 sikit....=P *credit to testi.iluvislam.com*

Wednesday, January 26, 2011

kelas esok....

salam...

buku teks cpp...=P
esok khaz ada chemical engineering lab...
eksperimen pasal pvt....
apa benda tu??
hu3 nantilah khaz cerita...
lepas buat eksperimen....


esok jugak ada kelas cpp...
chemical process principle....
semuanya chemistry erk...
ha5

tambahan : mata dah mengantuk lepas buat shukudai cpp....berpinar2....

Wednesday, December 15, 2010

sipi2 je lagi...

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
salam dakwah kalian...

tajuk khaz kali ini mengenai perkara yang sering berlaku sepanjang hidup khaz...
hah...
kalau x paham apa2 tentang tajuk di atas....
khaz bagi contoh...

ok contohnya macam ni..
1. ala...sikit je lagi...
2. sayangnye...
3. rugi betullah....
4. woi, hampir dah tu...
5. etc yang sama masa seperti di atas....

berikutan dengan contoh2 di atas...
ada paham dengan tajuk ni??

oklah...tu baru ayat kesan perkara tu berlaku...
hal yang sebenarnya berlaku ialah....
dalam hidup khaz ni...
khaz sering 'bertemu' dengan perkara yang hampir dengan kemenangan...
ada jugak tentang kejayaan...
mungkin ada kesedihan...
tapi yang sering berkaitan ialah kejayaan dan kemenangan...


banyak insiden yang berlaku dalam hidup khaz resultnya hanya sipi2 je...
tapi x semualah...
sebab semua perkara berlaku ni xlah seperti yang kita nakkan...
ada kalanya kita berjaya dengan hebatnya...
dan ada ketika kita berjaya jugak...
tapi x sehebat sebelum ni...
ada pulak yang berjaya dengan result yang 'meletup'...
semua tu x dapat di jangka oleh diri kita sendiri...

khaz ketengahkan tajuk ni...
mengenai result periksa yang khaz dapat untuk sem 1 ni...
kelihatan result khaz bagus...
tapi xlah sebagus untuk dapat dekan...
yang mana result ni hampir untuk dapat dekan, 3.5 and above...

A+ = 4 flat
impian 4 flat


perkara pokoknya...
khaz x boleh buat apa2 dah...
result pun dah keluar...
jadi yang khaz boleh buat cumalah berusaha bersungguh-sungguh untuk semester berikutnya...
perkara yang lepas dijadikan pengajaran...
bagi khaz, suka khaz jadikan perkara lepas sebagai motivasi dalam hidup khaz...
walaupun x semua perkara boleh di'improve'kan....
tapi asalkan kita dah berusaha semampu yang boleh...
juga x lupa untuk bertawakal...
pastinya kita xkan rasa 'regret' dengan apa2 yang kita dah buat...


nak tahu macam mana nak ukur tahap usaha seseorang tu??
ini cumalah pendapat khaz saja...

macam nilah...
khaz gunakan contoh yang khaz sendiri alami...
tentang result khaz tu...
lepas je khaz tahu result khaz...
khaz terkaku sekejap...
x tahu nak cakap apa....
tapi khaz bermonolog....
''hah...sikit je lagi...aku x dapat dekan....''
walaupun result yang macam itu...
khaz boleh terimanya dengan hati terbuka...
sebabnya khaz sendiri sedar...
terdapat kelemahan yang khaz x dapat atasi waktu peperiksaan tu...
nak kata alasan pun boleh jugaklah...
tapi bukan nak bagi alasan semata2....
sebabnya memang soalan periksa susah...
dahlah subjek x dapat score dengan baik...
pulak dah x dapat nota pasal tajuk tu...
macam2 hal lah pulak...

tu semua kelemahan pasal subjek...
khaz sendiri sedar jugak...
attitude khaz pun ada pengaruh dalam hal ni...
ha3 agak banyak main untuk sem 1 ni....
asyik keluar jalan2 je...
surfing internet 'hebat' sangat...
tidur x cukup2...
balik rumah selang 1 minggu...
memang sendiri yang cari masalah...

bukan tu je....
iman khaz ni pun x begitu berisi compared kat matrik dulu...
mengaji dah kurang...
jarang solat jemaah...
tazkirah pun x selalu dengar...
memang salah khaz sendiri yang x cari semua2 tu...
khaz memang ada cari...
tapi tu lah...
iman x cukup hebat lagi...
memang sedarlah sendiri kekurangan ubat hati...
walaubagaimanapun...khaz update jugaklah...
kat matrik dah tinggalkan ma'thurat....
alhamdulillah khaz dapat mulakan semula di u...
harapnya dapat konsisten...

daripada apa2 yang khaz bagitahu kat atas ni...
usaha seseorang boleh dilihat menerusi reflection selepas dapat result...
macam mana penerimaan seseorang terhadap result yang dia dapat...
itulah yang khaz perhatikan...

jadi nak seru agar semua boleh muhasabah diri balik...
yang mana x semua yang kita harapkan berlaku...
perkara x dijangka berlaku mungkin kitalah penyebabnya...
jadi sentiasa muhasabah diri...

khaz ada cerita mengenai ni...
ada seorang kawan khaz namanya S(cuma nama samaran)...
S ni ada kawan namanya A(jugak samaran)...
A ni memang study struggle gile2....
harapannya nak dapat 4 flat lah...
at last, resultnya bukannya 4 flat...
tapi khaz dengar resulnya gempak nak meletup...
walaupun x dapat 4 flat....

then, dia persoalkan result yang dia dapatkan tu...
"aku dah study gile2, tapi kenapa x dapat 4 flat? penat je aku study"
lebih kuranglah ayatnya tu...
x tahulah kalau khaz tertambah ke...
masa tu, khaz terkejut bila khaz dengar A cakap macam tu...
khaz jadi takut dengar benda2 macam tu....
sebab x pernah terlintas dalam hati dan pikiran khaz untuk cakap macam tu...
mungkin dia tengah emosi masa tu...
x perasan pulak dah tercakap macam tu...
bagi khaz, walau keadaan macam mana pun...
khaz x kan berani cakap macam tu....
takut....

seharusnya masa tu A kena pikir yang mungkin ada kelemahan dalam proses belajar dia tu...
x dalam subjek...
mungkin perkara luar...
tentang 'network' dengan Allah, or parents, or lecturers...
sometimes dengan friends pun kena ambil kira juga....
terutamanya komunikasi dalam community...
itulah yang khaz pikir...
kalau sesuatu perkara berlaku kesannya x seperti yang diharapkan...
memang ada silap kat mana2lah tu...

ha3 banyak dah khaz type ni...
tapi nak cerita sesuatu...
tentang insiden yang berlaku dalam hidup khaz...
resultnya sipi2 je lagi nak dapat nom 1....
ataupun sipi2 lagi nak dapatkan sesuatu yang boleh memenuhi syarat...

oklah antara insidennya...
1. dapat nom 2 dalam banyak pertandingan contohnya nasyid, marhaban, choral speaking, kawat kaki, etc
2. nom 4 dalam periksa pertengahan tahun yang mana hadiah disampaikan dari nom 1-3
3. x dapatkan lanjutkan pelajaran kat luar negara sebab beberapa syarat result setakat B3
4. result matrik hampir 4 flat...
5. result sem 1 u hampir dapat dekan...

apa2 yang khaz type kat atas ni bukannya nak menunjuk2...
cuma nak bagi contoh...
yang mana Allah bersifat adil pada semua...
walaupun ada perkara yang kita x dapat bagus...
tetap Allah tentukan yang terbaik untuk kita dan jugak masa depan kita...
x percaya??
try refresh balik apa2 nikmat yang kita dapat...
banyakkan....
jadi jangan kecewa dengan Allah...
sekali2 jangan...
x sepatutnya berlaku dalam hidup kita...

 “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
  Hadith riwayat Muslim

mengenai hadis di atas....
memang x boleh dipisahkan antara musibah dan jugak sabar...
jugak nikmat dengan syukur...
justeru, kalau dapat result periksa yang sipi2 macam khaz ni...
sabar dan redha lah...
dan jangan lupa untuk 'improve' diri dan iman...
agar kesabaran membuahkan hasil yang cukup berbaloi...
=)...



huh...nampaknya khaz dah banyak 'bercakap'...
cukup sampai sini...
maaf sekiranya terdapat ayat2 x disenangi ketika baca entry ni...
hu3 maaf ye...

kata2 untuk dijadikan nasihat:
''sesungguhnya kita x boleh menjamin diri sendiri untuk tidak melakukan kesilapan untuk kali yang pertama tapi kita boleh menjamin diri kita untuk tidak melakukan kesilapan bagi kali yang kedua''

wassalam...