Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2
Showing posts with label cari pengalaman. Show all posts
Showing posts with label cari pengalaman. Show all posts

Friday, January 27, 2012

entry tertinggal 2...

Jom layan tutti frutti…

Assalam…Khaz ingat lagi…disebabkan dah janji nak belanja member yang dapat result dekan sem lepas…so khaz pun belanjalah makan tutti frutti…

1st time datang kedai tu macam ‘batak’ sikit pasal teknologi canggih sangat…ha3 memang jadi pelik kalau tengok mesin2 kat kedai tutti frutti tu…

Friday, June 10, 2011

budak sg besar yang ketinggalan...kesian...

Assalam…

Kali ni khaz nak share something…bukan benda gempak pun…juz layan jelah ye…

Sebagai budak sg besar…khaz ni jenis yang x menerokai tempat sendiri…yelah…start form 1 lagi khaz dah pergi merantau…mula2 kat subang jaya…then gopeng and now at shah alam pulak…bila masa nak terokai sg besar tu??? Lagipun yang khaz tahu kat sg besar ada banyak kedai kain murah2…setiap kali datangnya raya mesti sesak dengan ribuan manusia…sebabnya nak beli kain murah…isk3 khaz sendiri pun x paham…biar jelah…

Oklah…benda yang khaz nak cerita ni pasal ada satu tempat yang baru2 ni khaz pergi dengan geng ‘dragon ball’ sekolah dulu…he3 ntah apa2kan…kitorang nak melawat laut tapi pemandangan x menarik langsung…pasal air tengah surut masa tu…memang x ada selera nak melihatnya...penuh dengan lumpur…

So kitorang layan satu mee udang kat satu restoran kat ‘BM’ ni…bak kata kawan khaz nama tempat tu BM…khaz pun x tahu kenapa panggil macam tu…yang pastinya kat kawasan sg nibong…ha3 orang sg besar tahulah kat manakan…
nilah mee udangnya...biasa saja...he2
Kawan khaz cakap dulu saudara dia selalu belanja dia makan mee udang kat situ…dan juga dia cakap dulu sedap…sekarang??? Ntahlah…khaz makan biasa saja…so…siapa2 yang nak tahu rasanya trylah sendiri…macam sorang lagi kawan khaz cakap... “mak aku cakap sedap…aku memang x tahu bab rasa2 makanan ni…makan saje…” ha5 kelakarlah kawan khaz tu…dia cakap dia sakit perut sebelum makan tapi kuew tiaw udang dia habis licin pulak…hm…apalah….ha3

Itu sajalah yang khaz nak cerita…saja nak santai2 sikitkan…hm…khaz dah lama jugak x post entry nasihat2 ni…insyaAllah ada masa khaz usahakan…and once again…yang teringin nak rasa mee udang tu…boleh bagitahu khaz…nanti datang sg besar khaz bagi sorang pemandu pelancong untuk bawak ke sana…khaz x ingatlah tempat tu kat mana…dah masuk lorong sana…lorong sini…ha4 maaf2…

Wassalam…^o^

Tambahan : plan pergi BM ni semua idea kawan khaz…khaz ni memang ketinggalan kat tempat sendiri…isk3 minta simpati sikit…kesian…=P

Monday, June 6, 2011

anak2 bait al-amin terbaik!!!

Assalam...pada tarikh 26 dan 27 februari yang lepas…dah lama jugak cerita ni…khaz dan kawan2 mengikuti lawatan ke rumah anak2 yatim bait al-amin di parit, perak…lawatan ini anjuran senior2 sem 6 fakulti kejuruteraan kimia…diorang kena organize satu program luar uitm…yang mana tujuannya nak mendekatkan diri dengan komuniti luar…


Pagi2 buta lagi khaz dah bersiap ke fakulti…berkumpul dan naik bas di sana…sabtu pagi…waktu yang sangat seronok dapat skip perjumpaan kembara…housemate khaz semuanya jealous sebab khaz ada reason skip kembara…ha5

sign bait al-amin...
Lebih kurang pukul 9 rasanya kitorang bertolak…berkenalan dengan senior2 dan juga membahagikan tugas…khaz dan kawan2 dikehendaki menjadi fasilitator memimpin anak2 yatim di sana bagi melancarkan program…yang seronoknya…khaz, sorang kawan khaz dan sorang abang senior tu kena jadi ajk untuk tugas2 khas…khaz memang suka dapat jadi ajk tugas khas ni…sebab nanti boleh menyibuk kat mana2 kumpulan…lagipun khaz memang suka sediakan prop…

nyanyi jangan x nyanyi...

Sampai saja di sana, kitorang berkenalan dengan mereka…lepas makan tengah hari dan solat zuhur…aktiviti pun bermula…

Aktiviti pertama ialah ice breaking…mereka berkenalan dengan fasi2 setiap kumpulan dan menyanyikan lagu tema program iaitu ‘standing in the eyes of the world’…mereka semangat betul menyanyikan lagu tema program…khaz pun teruja…





apasal jigsaw puzzle ni susah sangat???pening2!!!
Kemudian buat sikit aktiviti santai…jigsaw puzzle…khaz kesian dengan mereka ni…punyalah susah jigsaw puzzle tu tapi nasib baik mereka semua bijak…dapatlah selesaikan jigsaw puzzle tu semua…

pusinglah!!!lagu x berhenti lagi...












Sebelum buat aktiviti riadah…abang senior yang sorang tu je ada buat sikit permainan…budak2 memang pantang dengan mainan…mestilah suka…then, diorang main rebut2 kerusi…dahsyat jugak diorang main…yang x boleh blahnya…diorang bukannya pusing kat kerusi tu…semua pakat pegang kerusi…kiranya dah ‘cop’ kerusi masing2…khaz punyalah penat suruh diorang pusing padahal lagu x berhenti main lagi dah diorang semua duduk…macam2 gelagat diorang tu semua…


eh dik...jangan main tipu ye!!
woi..sakit dah kaki aku ni..bila nak sampai  perlis ni??
Petang sabtu tu hujan turun agak lebat…tapi alhamdulillah aktiviti sukaneka dapat dijalankan…memang diorang bersemangat lagi2 aktiviti macam ni…semua nak tunjuk ‘terrer’…ha3 apa2 pun memang terbaik…lepas sukan diorang teringin sangat nak bawak fasi2 pergi sawah aka bendang…so kitorang semua melawat bendang…jalan2 kat kawasan tu memang menenangkan tanpa bunyi bingit riuh kota…memang seronok…


khusyuk seh~~
perasmian aktiviti...

kamilah zombi kg parit...wargh...
Malam tu ada aktiviti malam kebudayaan…lepas saja aktiviti perasmian diorang dah siap sedia dengan lakonan dan watak masing2…tema malam kebudayaan tu ialah ‘impian dan harapan’…so fasi dikehendaki memberi idea untuk diorang…persediaan telah mereka lakukan sejak petang tadi…macam2 gaya yang diorang tunjukkan…pastinya semua boleh dapat award pelakon kanak2 popular…ha3…yang kelakarnya ada satu kumpulan berlakon jadi zombi…tu pasal jadi juara…lain dari yang lain…

tengah zikir ke tidur tu???

Esoknya aktiviti qiamullail diadakan…semua pakat ngantuk…yang x boleh blahnya lagi…boleh pulak pagi tu…ada sorang budak ni cakap kat sorang akak fasi… “ hah, akak! Pagi tadi saya nampak tidur masa qiamullail…ha…kantoi”…lebih kuranglah macam tu…isk3 kelakar betul dorang ni…

jom bersenam sihatkan badan!!!
Sebelum sarapan ada senamrobik sikit…saja nak panaskan badan untuk aktiviti explore race nanti…masa senamrobik macam2 game diorang main…yang terharunya diorang ajar fasi2 satu lagu ni…siap dengan gaya lagi…memang menusuk kalbu khaz…

"demi matahari....."








wei kale elok2 sikit...dapat markah lebih...
Then, aktiviti explore race pun mula…biasalah diorang kena selesaikan task2 yang diberikan…kumpulan yang mula2 habis mestilah jadi juara…explore race ni aktiviti terakhir sebelum penyampaian hadiah…

Lepas solat zuhur aktiviti penutup dan fasi2 mengumumkan kumpulan mana yang jadi juara…semua kumpulan dapat hadiah…sebelum balik fasi2 boleh buat aktiviti bebas dengan diorang…diorang pun minta biodata fasi2…ada jugak tangkap gambar beramai2…diorang ni susah betul nak melepaskan kitorang balik…ambik masa jugak balik tu…apa2 pun diorang gembira kitorang datang…

ala...num 3 je ke???
ha2 num 1...hebat x kitorang??
ps: macho x budak yang pegang hadiah tu?? he3
Khaz nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan lawatan bait al-amin ni terutamanya senior2…then kawan2 fasi dan jugak anak2 yatim sekalian…khaz minta maaf sebab dah x ingat sangat nama korang lagi2 yang suka lawan teka-teki dengan khaz…yang suka ambik handphone khaz…yang suka nak manja2 dengan khaz…then yang temankan khaz jalan kat bendang…terima kasih sangat2…korang memang terbaik!!!! Wassalam ^o^


we are happy family!!!
Tambahan : dah lama dah lawatan ni…asyik lupa nak post entry ni…hah lupa nak letak kat situ…senior yang join lawatan ni semuanya perempuan kecuali ajk prop tu…mean ada sorang je lelaki dalam lawatan ni…seronok betul dapat pengalaman macam ni…lagi2 bila kita dapat bantu mereka yang x berkemampuan ni…harap dapat join lagi aktiviti kebajikan macam ni…insyaAllah…

Thursday, November 11, 2010

koleksi bon odori 2010

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...


pertamanya nak mengucapkan tahniah kepada diri sendiri...
ha3 agak mengarut jugak pasal khaz ni kadang2 suka mengarut...
alah bukan pasal apa2 pun...
tapi dah berjaya masak dalam ketuhar final exam...
walaupun ambik 5 paper je...
exam berminggu2...
sabar je lah...


oh ya...khaz teringat akan janji khaz...
khaz dah lama nak post tajuk ni...
tapi x terpost2....
pasalnya...
x tahu kenapa...

oklah...
cuti mata jelah ye....


sampainya khaz kat sana, majlis dah mula...bahkan dah nak habis dah...sedih2

menari dengan gembira...khaz x dapat 'uchiwa'...wa4
majlis tetap berjalan dengan lancar....dapat jugak tengok...he3

keadaan pentas yang lengang...majlis dah tamatlah...
majlis dah tamat...penari2 dan pemukul gendang turun...nak uchiwa!!!!

kat depan khaz ni budak2 yang pukul gendang kat atas tu....japanese or chinese??

ho3 gambar orang menari lagi...hm layan jelah..
ada parents bawa kodomo2 ni...kawaii x yukata diorang???ka4

Thursday, September 30, 2010

SMART generation camp 2...part 1

assalamualaikum...
salam dakwah kepada semua...
kali ini istimewa khaz bawakan pengalaman khaz dari sg.congkak, hulu langat...

smart generation camp 2...
akhirnya Allah beri peluang kepada khaz untuk menyertai aktiviti ni...
yang mana mengingatkan khaz akan tugas khaz yang sebenar...

sebelum khaz bercerita panjang...
khaz nak buat introduction dulu...

 dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...


khaz nak mula ceritakan pengalaman khaz dengan lagu tema dulu...
lagu tema untuk camp tersebut bertajuk 'satu hati' nyanyian La Khauf...
harap dapat hayatinya...
liriknya:
* bilakah lagi kita semua satu hati?
bilakah lagi keamanan kan dikecapi?
bilakah lagi islam kan dijulang tinggi?
bangunlah wahai ummah kita satu hati

ulang *

# marilah bersama bersatu berjihad
(menentang kezaliman)
oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang

ulang #

jangan takut
jangan takut berjuanglah untuk keamanan

ulang*

di sini khaz ingin mengingatkan...
apabila kita dengar dan hayati lirik lagu ni...
adakah ianya terkesan dalam hati kita??

tepuk dada tanya iman...
salam...

bersambung...part 2

Wednesday, September 8, 2010

bon odori 2010

sebenarnya dah lama khaz nak post tajuk ni...
tapi disebabkan beberapa masalah yang x dapat dielakkan...
minta maaf kepada semua...
justeru bolehlah menonton video bawah ni...



tau x apa2 tentang bon odori??
sebenarnya khaz naklah type sikit maklumat pasal bon odori ni...
tapi khaz rasa lebih baik search sendiri...
lagi banyak maklumat dapat...
tapi apa2 pun...
khaz bagitahu sikitlah pasal bon odori...

Bon Odori - Japanese Traditional Dance
There are several traditional dances in Japan, but the one of the most famous and common dance is Bon dance, which is called "Bon Odori" in Japanese. People dance Bon Dance in the Bon Festival. The Bon Festival is held every summer, in every district in every city. (sumber dari http://www.japan-101.com/art/art_bon_odori.htm)

bon odori yang khaz pergi tu...
Date: 17th July 2010
Time: 6:00pm - 9:00pm
Venue: Panasonic Sports Complex (formerly Matsushita Centre)
Tickets: Free Admission


Programme:
17:00 Gates Open
19:00 Opening - Drum Performance
19:15 Enjoy the Cultural Dance Part 1
19:45 Dance by Guest Performers
20:00 Enjoy the Cultural Dance Part 2
20:30 Dance by Guest Performers
20:45 Enjoy the Cultural Dance Part 3
21:15 Closing Address

Organizers: The Japan Club of Kuala Lumpur

boleh kata seronoklah dapat tau benda2 macam ni...
pengalaman yang baru bagi khaz...
oklah...
khaz cadang nak post lagi pasal tajuk ni...
banyak jugak nak bagitahu...
thanx k....

Sunday, July 11, 2010

lawatan santai ke icity..

pada hari jumaat bersamaan 9 julai 2010, khaz bersama kanak2 riang mengadakan lawatan percuma ke icity...
tempat tu x jauh sangat dari kampus khaz...
disebabkan boleh jalan kaki...
jadi lawatan ni dianggap percuma tapi memenatkan...
he3...

di sini ada koleksi gambar2 di icity...
hmm...
boleh tahan...



gambar2 ni pun x semua ada kat sana...
dengan kata lain...
banyak lagi yang khaz x sempat nak tangkap...
tapi walauapa pun...
puas hati jugak lah...

pesanan khaz kepada semua...
jangan lupa untuk melawat icity...
tengok dengan mata sendiri baru puas hati...
jugak...
kepada pihak yang terlibat...
jangan bazirkan elektrik...
bil melambung tinggi...
sapa nak bayar???
he3 gurau saje...
jangan marah ye...~~