There was an error in this gadget

Followers

try klik music note sebelah doraemon ni...hu2

Thursday, August 9, 2012

cerita pasal sedekah =)


Assalamualaikum

Apa yang dah kalian lakukan sepanjang 20 hari yang lepas??? Tu soalan untuk muhasabah diri dalam Ramadhan ni…ada ke kita ni dah gunakan Ramadhan dengan sebaik yang mungkin??? Hmmm khaz sendiri pun terpikir2 jugak…kita ni hargai x 20 hari yang dah tinggalkan kita ni??? Kalau rasa x puas hati…gunakan lagi 10 hari berbaki ni…(dalam kalendar sampai 29 je…)…insyaAllah

Nak cerita pasal puasa ramai yang dah tahu…dan ada jugak yang pandai sampai memandai2…so nak cerita benda lain…


Malam2 khaz suka jugak layan rancangan “30 minit ustaz don” kat tv9…dengarlah ustaz don cerita macam2 dengan gaya dia kan…kadang2 gelak gak sebab kelakar…tapi yang khaz nak cerita kat sini ialah apa yang ustaz don cerita…tajuk tuk sesi tu ialah ‘perbanyakkan sedekah’…sesuai untuk Ramadhan kan…
perbanyakkan sedekah dalam bulan mulia ni....

Ada 1 cerita pasal sedekah ni…mungkin ada yang dah tahu dan dah dengar tapi khaz nak cerita gak…kot2 ada yang x tahu lagi =P he3…

Ada 3 insan mulia ni…2 orang cucu Rasulullah (hasan dan husin) dan sorang lagi saudara dorang…x silap khaz namanya Abdullah b Jaafar (betulkan kalau silap)…mereka ni dalam perjalanan nak pergi umrah…masa mereka tengah naik unta lalu padang pasir nak kerjakan umrah ditakdirkan 1 unta yang bawak bekalan makanan terlepas…so mereka ni dah x ada bekalan makanan…

Of course lah mereka ni laparkan…dalam perjalanan tu tiba2 jumpa 1 khemah…ada sorang makcik tua tinggal kat situ…mereka ni pun jumpalah makcik tu sambil perkenalkan diri yang mereka ni keturunan bani hasyim (x cakap yang mereka cucu Rasulullah)…mereka tanya ada air x nak minum…unta dah terlepas makanan 1 apa pun x ada…makcik tu jawab dia ada sekor kambing tua kat belakang rumah…pergilah perah susu kambing untuk minum…so dapatlah mereka hilangkan dahaga…pastu tanya lagi ada apa2 x untuk dimakan…lapar…makcik tu jawab lagi tu ada kambing pergilah sembelih…so mereka sembelih kambing tu untuk makan…dah kenyang mereka pun sambung perjalanan…sebelum tu mereka ada cakap kat makcik tu yang kalau datang madinah jumpalah mereka ni…(macam tu kot mereka cakap)

Lepas tu suami makcik tu pun balik dan dia tanya mana kambing…makcik tu cerita ada 3 orang musafir x ada makanan…sampai habis cerita punyalah suami dia berleter pasal kambing tu…sampai suami dia x tahu nak cakap apa baru dia diam….

Selang masa yang lama makcik dan suaminya dilanda kemiskinan…so mereka ni ambik upah buat kerja angkut najis unta untuk dijadikan bahan bakar (x silap khaz tu kerjanya)…dorang kerja sampai kat madinah…kebetulan makcik tu tengah buat kerja depan rumah saidina hasan…terkejut saidina hasan bila nampak makcik tu…dia tanya makcik tu ingat lagi x kat mereka 3 orang yang dah makan kambing makcik ni…sebab ikhlas makcik tu x ingat pun…so saidina hasan ni panggil servant dia suruh beli 1000 ekor kambing bagi kat makcik tu dan bagi 1000 dinar wang…saidina hasan cakap kat makcik tu yang mereka datang 3 orang…so saidina hasan suruh servant dia bawak makcik tu jumpa adiknya saidina husin…bila saidina husin jumpa makcik tu dia pun sama terkejut dan makcik tu x ingat saidina husin…saidina husin tanya apa yang abang dia bagi kat makcik tu…makcik tu jawab sekian3…so dia pun suruh servant pergi beli lagi 1000 ekor kambing dan bagi 1000 dinar wang kat makcik tu sama macam abang dia bagi…

Saidina husin suruh servant dia bawak makcik ni pergi jumpa sorang lagi Abdullah b Jaafar…bila Abdullah ni jumpa makcik ni dia pun terkejut jugak dan makcik tu pun x ingat Abdullah b Jaafar…dia tanya apa yang mereka berdua dah bagi kat makcik tu…makcik tu jawablah…Abdullah b Jaafar ni cakap yang dia ni orang biasa2 je…bukan macam mereka cucu Rasulullah…tapi lepas tu dia suruh servant dia beli 2000 ekor kambing bagi kat makcik tu dan 2000 dinar wang…so makcik tu dapat 4000 ekor kambing dan 4000 dinar wang….
Balik je suami dia tanya yang mana dia dapat kambing2 punya banyak ni semua…so makcik ni cerita balik pasal apa yang berlaku…disebabkan sedekah 1 ekor kambing dapat 4000 ekor…huiii banyak kan…

So kesimpulan cerita ni kita kalau nak sedekah kena ikhlas…pastu sedekah jangan kedekut…sebab ganjaran sedekah ni banyak…ni baru kat dunia…kat akhirat pulak ibarat 1 dibalas 700…lagi2 dalam bulan Ramadhan ni…pernah rasa bez x bila kita sedekah?? Hm..bukan sebab kita ada duit banyak or nak tunjuk depan orang tapi sebab kita dapat tolong someone yang perlukan perlukan pertolongan…x macam tu??

Oklah tu je cerita khaz nak cerita…sebenarnya ada 1 cerita lagi tapi khaz x dengar cerita tu dari awal so x tahu apa jalan cerita sebenar…x boleh nak pandai2 pulakkan…lagi pun cerita ni khaz mungkin ada silap kat jalan cerita ke…apa2 pun betulkan ye mana yang silap…wassalam…^o^

Tambahan: jangan tunggu kaya baru nak sedekah…senyum tu pun sedekah jugak…=)


3 kritikan (+add yours?)

Khazinatul Asrar said...

eh slap3!!!
bkn tv9 tpi tv al-hijrah r...
hu4
sorry2

hayatul husna said...

tv9 pun boleh.. hehe..

Khazinatul Asrar said...

trslap...maaf2!!=P