Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum…
Salam dakwah kalian…
Nampaknya dah lama jugak khaz x update blog ni…
Ha3 maklumlah sekarang ni tengah cuti habis sem1…
X banyak aktiviti yang dibuat….
Jugak x ada perkara nak dikongsi…
Tapi apa2 pun…
Khaz nak kongsikan sesuatu…
Kali ini khaz berkesempatan untuk menonton rancangan tanyalah ustaz di tv9….walaupun ianya secara kebetulan lagipun cumalah siaran ulangan dan x dengar dari awal rancangan, tapi dalam masa lebih kurang 15 minit….khaz nak kongsikan sesuatu….
Apa yang menarik perhatian khaz tentang apa2 yang ustaz tu katakan ialah pasal tangisan….hakikatnya tajuk perbincangannya mengenai rasulullah….tapi di akhir rancangan tu, ustaz tu ada bagitahu sesuatu….
Seperti yang kita tahu, ada pelbagai sebab orang menangis…yang pastinya majoriti dipengaruhi oleh emosi….apa yang ustaz tu katankan, ada dua jenis tangisan….yang pertama mata yang menangis dan yang kedua adalah tangisan melalui hati…
 |
| air mata taubat |
Kalau cakap mengenai mata yang menangis, sudah semestinya ramai yang mengetahui akannya…maksudnya mata yang menangis ni macam yang khaz bagitahu tadi…ianya disebabkan oleh emosi…sedih tengok movielah, sedih baca novel…hah macam2 lah….sampaikan khaz rasa macam x logik pulak manusia menangis disebabkan perkara2 yang remeh…
Tapi cakap mengenai menangis ni…khaz teringat ada insiden yang menyebabkan khaz menangis disebabkan oleh kawan2 khaz yang bersikap x matang….ha3 x ramai yang tahu siapa mereka tu…perkara tu berlaku masa khaz sekolah menengah dan waktu di matrik…
Khaz x tahu kenapa khaz boleh menangis disebabkan mereka ni…padahal mereka tu bukannya rapat sangat dengan khaz….tak paham….betul2 x paham….pada masa tu….tapi setelah sekian lama, khaz semacam dapat jawpannya…itulah sikap x matang mereka….memang sakit hati pada masa tu…
Oklah2…kembali ke tajuk yang asal…pasal mata yang menangis tu…dah paham kot…then, we precede to the next one…hati yang menangis tu apa pulak???
Hah hati yang menangis ni maksudnya menangis atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan…nama lainnya insaf dan bertaubat…bertaubat daripada melakukan kesilapan...berdoa kepada Allah agar segala kesilapan dan dosa diampunkan…berazam tidak melakukan sesuatu yang melanggar perintah-Nya dan berharap agar taubat diterima oleh Allah….bila kita bertaubat dan menyesal, itulah yang dikatakan tangisan melalui hati….
Antara 2 jenis tangisan ni, yang mana satu lebih bermakna? Pastilah tangisan melalui hati tapi apabila kedua-duanya dilakukan, yang itulah membawa makna yang lebih mendalam…bila kita menyesal dengan dengan kesilapan yang dilakukan, hati kita menangis, dan bila hati menangis, secara x langsung mata kita juga akan menangis…
Ada jugak manusia yang hatinya menangis tapi matanya x menangis…mengenai hal itu, khaz x tahu apa masalah manusia tu…pastinya kalian pernah dengar akan hadis ini:
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."
Jadi, sekiranya diri kita ni benar2 takut dengan api neraka, azab dan seksa Allah, pastinya kita akan cuba mengelakkan diri kita daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan lembah kesesatan…
Justeru, menangislah dengan dosa2 yang pernah kita lakukan…jangan rasa diri kita ni sudah cukup hebat akan tetapi sedarlah yang kita akan dihisab oleh-Nya di akhirat kelak…khaz menyeru pada diri khaz dan juga kalian agar lembutkan hati supaya hati ini mudah menangis apabila ada melakukan kesalahan dan air mata kita ini akan menjadi saksi di akhirat bahawa kita menyesal dengan dosa2 yang pernah kita lakukan…
Info tambahan :
Pernah dengar mengenai leafy sea dragon? Satu makhluk lautan yang cukup unik, lemah lembut dan cantik…ha3 khaz x begitu mengetahuinya tapi ni kali pertama khaz nampak binatang ni kat tv dalam rancangan national geographic…ingin tahu mengenainya dengan lebih mendalam?? Jangan lupa untuk search ‘leafy sea dragon’ pada yahoo,google, atau mana2 lagi tempat yang boleh disearch…selamat berkenalan dengan leafy sea dragon…
 |
| leafy sea dragon..kawaii?? |
Wassalam…
4 kritikan (+add yours?)
spe yg xmatang tu?hehehe
ha3 ade r knk2 riang tu...
he2 :P
knk2 riang??
huk3 trase ar!!
ahahhaha
ske la tajuk nie!!!
hak3 pesal trse plak??
ho3 thnx =)
Post a Comment