salam dakwah semua...
post sebelum ni khaz cerita pasal lagu tema...
kenapa lagu tema dulu ye??
lagu tema tu ice breaking je...
juz nak bagi kesedaran dan jugak bagi hint...
hint dengan program yang khaz sertai tu....
nama program tu SMART genaration camp edisi ke-2...
lokasi di sg. congkak, hulu langat selangor...
camp ni bukan sembarangan camp...
ianya khas untuk rohani...
maksudnya untuk refresh iman, refresh aqidah...
macam-macam pendedahan yang telah didedahkan kepada khaz...
ini membuatkan khaz lebih sedar dengan tugas sebenar khaz...
khaz x nak mengarut banyak...
cuma nak mengajak sahabat-sahabat semua untuk berdakwah...
pernah x kita semua sedar yang kita semua ada tanggung jawab untuk berdakwah...
lagipun dalam al-Quran, Allah berfirman
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(surah Adz Dzariyat ayat 56)
dalam ayat di atas, beribadat ni bukan sekadar solat, puasa, berzikir...
akan tetapi tugas berdakwah juga termasuk dalam ibadat sekiranya niat kita semata-mata Allah...
sedar atau tidak bahawa kita sebagai manusia telah ditetapkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di bumiNya..
pernahkah kita tahu akan peranan sebagai khalifah??
khaz bukanlah begitu hebat untuk membincangkan tajuk ni...
malah khaz juga manusia biasa...
x bisa lari dari kesilapan...
tapi mampu mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan...
khalifah merupakan pemimpin...
pemimpin yang mampu mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran...
pemimpin yang juga mampu mentadbir dunia ni dengan menggunakan Islam sebagai tunjang pentadbiran...
bukan sahaja pentadbiran, malah undang-undang, muamalat dan banyak lagi...
justeru, marilah sama-sama kita perhatikan diri kita...
sama ada sempurna atau tidak itu semua x penting...
yang penting menyedari hakikat penciptaan kita di muka bumi ni...
jangan sia-siakan peluang sekiranya Allah dah bagi hidayahNya pada kita...
juga berikhtiar, jangan mengharapkan orang semata-mata...
Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...
hm...sampai di sini sahaja untuk post kali ini...
next post khaz akan ceritakan mengenai dakwah dengan lebih terperinci...
jugak tajuk-tajuk yang berkaitan....
salam...~
1 kritikan (+add yours?)
tgas sbgai daie xkn bhnti slgi ajal x mnjemput...so, jom sme2 brdkwh...=D
Post a Comment